Puma Punku merupakan sebuah kompleks kuil dengan ukiran bongkah batu besar yang terletak di Tiwanaku, di bahagian barat Bolivia. Ia merupakan sebahagian daripada sebuah tapak arkeologi yang lebih besar dikenali sebagai Tiahuanacu.
Dalam bahasa Aymara, Puma Punku bermaksud "Pintu Puma". Mengikut kepercayaan tradisi kaum Inca, di sinilah tempat di mana dunia mula diciptakan. Tapak kompleks kuilnya dibina di atas beberapa jenis lapisan tanah yang ditahan dengan bongkah batu besar yang diletakkan di dalam parit yang dalam. Ia bagi menampung berat 3 lapisan dinding batu yang besar.
BESARKAN TEKS A- A+
Semasa zaman kegemilangannya, komples ini dipercayai dikelilingi oleh tembok di bahagian laman sebelah timur, kawasan tidak bertembok di sebelah barat dan sebuah bukit dengan platform bertingkat. Sesetengah ahli arkeologi percaya tapak itu dibina selaras dengan matahari. Pada hari pertama musim bunga, matahari akan terbit sejajar dengan pusat kuil itu.
Peta Tiwanaku
Kompleks kuil ini dipercayai dibina antara tahun 536M hingga 600M. Binaan kompleks kuil ini amat luar biasa kerana dipenuhi bongkah-bongkah batu bersaiz dan berkelebaran besar yang dikira mustahil untuk dipotong atau digerakkan dengan bongkah batu terberatnya ialah 114 tan.
Usaha melakukan kerja ini memerlukan bantuan tenaga buruh yang ramai. Ini kerana ia dipotong dengan baik dan sama supaya dapat dicantumkan antara satu sama lain. Setiap bongkah batu besar yang boleh bersambung ini berbentuk seakan huruf H. Kehalusan binaan bongkah batu ini menunjukkan majunya peradaban kaum Inca terhadap pemahaman tentang pertukangan dan geometri.
Bongkah batu "H" di Puma Punku
Apa yang menghairankan para pengkaji adalah mengapa bongkah batu besar ini dicipta dan apakah sebenarnya fungsi bongkah batu ini. Pelbagai teori disebutkan, antaranya ialah digunakan sebagai pintu gerbang besar yang boleh bersambung, landasan perlepasan kapal angkasa dan ada juga yang berpendapat ianya bukan direka untuk disambungkan.
Ia menghairankan kerana setiap bongkah direka mempunyai diameter yang sempurna untuk bersambung tanpa sebarang kesilapan. Analisis yang dilakukan ke atas beberapa bongkah batu yang belum selesai pembinaannya, menunjukkan bahawa ia dibina menggunakan tukul batu dan disandarkan dengan gabungan batu rata dan pasir.
Selain bongkah batu yang menakjubkan ini, ahli arkeologi percaya bahawa kompleks Puma Punku juga mempunyai jalan berturap, sistem pengairan dan saluran pembentung yang menunjukkan beradaban ini begitu maju dalam bidang kejuruteraan awam. Bagaimana bongkah batu ini diangkat ke atas kuil bertingkat di sini masih menjadi misteri yang belum terungkai.
Bukan setakaut kuil sahaja, malah ahli arkeologi juga telah menemui sebuah piramid yang dibina di kompleks Puma Punku ini dan masih lagi mengkaji binaan ini secara terperinci.
Piramid bawah tanah di Puma Punku
Kuil-kuil yang terdapat di Tiwanaku ini merupakan perkara penting dalam kerohanian dan juga kebudayaan. Ia dipercayai digunakan dari sekitar tahun 700M hingga 1000M. Penduduk Tiwanaku percaya bahawa kuil-kuil yang terletak di Puma Punku ini terletah di tengah-tengah antara Dunia dan Kayangan.
Para penduduk dari serata tempat akan datang ke Puma Punku untuk melakukan penyembahan dan upacara keagamaan. Para pengunjung pada masa itu juga diketahui sering menggunakan dadah halusinogen untuk meningkatkan lagi pengalaman kerohanian mereka.
Ukiran penggunaan dadah halusinogen
Malah, ujian moden yang dilakukan terhadap sampel rambut mayat penduduk yang ditemui juga mendapati bahawa bukan sahaja kaum lelaki dan ahli agama sahaja yang menggunakan dadah ini, malah wanita dan kanak-kanak juga mengambil bahagian dalam upacara halusinogen ini.
Ahli arkeologi juga telah menemui beberapa peralatan yang digunakan untuk mengambil dadah halusinogen ini dalam runtuhan bangunan di Tiwanaku, menunjukkan mereka lebih gemar menyedut dadah halusinogen ini meggunakan tiub seramik.
Di dalam beberapa peralatan yang ditemui, masih terdapat benih pokok Vilca yang dipercayai mempunyai sifat halusigenik yang mereka gunakan.
Para arkeologi percaya bahawa para wanita telah menyedut dadah ini dan secara tidak sengaja telah menyebarkan bahan toksik ini kepada bayi mereka melalui kehamilan atau penyusuan.
Upacara korban manusia kaum Inca
Selain itu, upacara korban manusia juga adalah amalan biasa pada waktu itu dan pengkaji telah menemui bukti ritual ini telah dilakukan di kuil-kuil di sini. Bukti sisa tinggalan manusia telah ditemui di seluruh tapak Puma Punku ini selain alat-alat upacara yang lain seperti topeng, bahan seramik, tengkorak sebagai piala dan banyak lagi.
Pada sekitar tahun 1000M, ketamadunan di kawasan ini mula menunjukkan penurunan. Pada masa itu tamadun di Tiwanaku mempunyai penduduk sekitar 400,000 orang di mana semua bergantung pada infrastruktur pengairan yang rumit untuk penyediaan makanan.
Kalander di Puma Punku
Pada sekitar 1000M, terjadinya satu kemarau panjang yang telah menyebabkan penurunan ketara kerana kekurangan air dan kegagalan pertanian. Ramai orang yang menetap di Tiwanaku telah meninggalkan kawasan ini dan menyebabkan Puma Punku terbiar untuk berhijrah ke kasawan gunung berhampiran.
Struktur Puma Punku ini dianggap tidak pernah selesai sehingga hari ini. Walaupun begitu, struktur hebat dan binaan bongkah batu yang menjadi tanda tanya para pengkaji ini masih lagi dilihat sebagai salah satu keajaiban dan kecanggihan zaman purba yang masih lagi belum terbongkar.