Di antara New Zealand dan Chila, di Lautan Pasifik Selatan terdapat sebuah pulau kecil yang diberi nama Pulau Henderson. Pulau ini begitu asing dan dan tidak mempunyai penduduk. 

Pulau Henderson merupakan 1 daripada kumpulan 4 buah pulau yang membentuk Kepulauan Pitcairn. Lokasinya yang begitu jauh menjadikan kawasan ini tidak sesuai didiami. Dataran besar yang terhampir dengannya terletak 5000 km daripada pulau ini. Kawasan ini hanya menerima kunjungan para saintis yang melakukan kajian disitu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dari segi saiz pula, pulau ini mempunyai keluasan 37.3 kilometer persegi. Kajian juga menunjukkan pulau ini mempunyai tanah yang tidak sesuai untuk tanaman dan sumber air bersih yang sangat terhad. Di pulau ini juga, terdapat 3 buah pantai yang terletak pada bahagian utara.

Menariknya, pada tahun 1998, pulau ini telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh pihak UNESCO. Pengiktirafan ini diberikan kerana kewujuda ekosistem unik yang ada di pulau ini yang menarik minat para saintis daripada seluruh dunia untuk mengkajinya.

Pencemaran sampah sarap terutamanya plastik

pulau terkotor

Apabila dikatakan pulau ini tidak didiami manusia, anda mungkin akan membayangkan bahawa kawasan ini sangat bersih dan tidak tercemar. Namun, tanggapan tersebut meleset sama sekali.

Di kawasan pantainya, anda boleh melihat begitu banyak sampah, botol dan cebisan plastik pelbagai saiz bertaburan. Malah, para pengkaji menganggarkan terdapat kira-kira 38 juta kepingan plastik di pulau itu dengan berat keseluruhan dianggarkan sekitar 18,000 kg.

Sementara itu, majoriti debris atau kepingan plastik tersebut iaitu sekitar 68 peratus tertimbus dengan pasir pantai. Untuk setiap 1 meter persegi, dianggarkan terdapat 20 hingga 670 kepingan plastik pada bahagian atas dan antara 50 hingga 4500 keping plastik pada lapisan 10 sentimeter teratas.

Dianggarkan sekitar 3750 keping plastik sampah akan dihanyut ombak ke pantai ini pada setiap hari. Cuba bayangkan berapa banyak plastik dan sampah akan wujud di pulau ini dalam jangka masa panjang? Jika anggaran ini betul, Pulau Henderson ini boleh dikatakan kawasan yang mempunyai kepadatan tertinggi pencemaran plastik di dunia.

Asal-usul plastik dan sampah

sampah sarap 309

Jadi, dari manakah asalnya sampah-sampah yang hanyut ke pulau ini? Jawapannya, sampah-sampah yang dibuang oleh manusia ke dalam laut dan sungai. Dalam penjelasan mudahnya, kedudukan geografi pulau ini menyebabkan plastik-plastik sampah ini hanyut dan berkumpul disini.

Pulau Henderson terletak di pinggir Pasifik Selatan Gyre, sebuah kawasan laut berputar yang besar di antara Australia dan Amerika Selatan, yang dibatasi oleh garisan Khatulistiwa. Corak putaran gergasi inilah yang telah menarik sampah dari seluruh Lautan Pasifik Selatan dan benua yang jauh lalu menghanyutkannya ke Pulau Henderson.

Fenomena yang sama berlaku di hemisfera utara, di mana plastik dari sekitar Lautan Pasifik Utara dihanyut ke kawasan pantai Pulau Kamilo di Hawaii.

pantai terkotor

Sementar itu, Jennifer Lavers, seorang saintis dari University of Tasmania yang mengetuai kajian di sini berjaya mengenalpasti bahawa sampah dan serpihan plastik yang hanyut ke pulau ini datangnya daripada 24 buah negara. Apabila serpihan plastik dihanyutkan ke pantai, radiasi ultraviolet daripada matahari akan menghancurkan plastik tersebut kepada ratusan atau ribuan plastik kecil. Serpihan plastik kecil ini lama kelamaan akan tertanam di bahagian pantai pulau ini.

Fenomena yang menimpa pulau ini seharusnya dijadikan ikhtibar bagaimana sikap buruk manusia mampu merosakkan alam semulajadi. Siapa sangka Pulau Henderson yang suatu ketika dahulu diiktiraf Tapak Warisan Dunia boleh "hancur" akibat kebodohan manusia.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. National Geographic
  3. UNESCO



Hakcipta iluminasi.com (2017)