puasa mampu jana semula sistem imun secara keseluruhan 1

Walaupun berpuasa telah dibuktikan oleh sains dapat memberikan manfaat kepada kesihatan namun masih ada golongan yang menentang perkara ini.

Sains telah membuktikan berpuasa menggalakkan kehilangan berat badan, menormalkan kepekaan insulin, menurunkan tahap trigliserida dan juga memperlahankan tanda-tanda penuaan.

Berpuasa pula dibahagikan kepada beberapa kategori daripada berpuasa sekejap dengan tempoh 14 hingga 18 jam, hinggalah jangka masa panjang menahan diri daripada makanan sehingga 2 ke 3 hari.

puasa mampu jana semula sistem imun secara keseluruhan 5

Setiap daripada pelan puasa ini mempunyai manfaat dan cabaran masing-masing, serta memberikan pilihan kepada semua orang. 

Walaupun begitu, ramai pakar pemakanan dan ahli perubatan profesional mendakwa berpuasa hanyalah sebuah trend dan memberikan risiko kesihatan yang harus difikirkan.

puasa mampu jana semula sistem imun secara keseluruhan 2 765

Ketika berpuasa, golongan ini mendakwa badan kehilangan nutrien kerana bukan sahaja mengehadkan pengambilan makanan tak berkhasiat tetapi juga makanan yang diperlukan oleh badan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan juga lemak baik.

Mereka juga mendakwa berpuasa membuatkan seseorang itu makan lebih banyak apabila tak berpuasa yang menyebabkan kenaikan berat badan bertentangan dengan hasil yang sepatutnya.

Namun, Universiti Southern California telah membentangkan kajian terbaru yang menemukan penemuan yang menarik. Pasukan ini mengumpulkan sekumpulan peserta yang diarahkan untuk berpuasa untuk 2 hingga 4 hari secara tetap untuk tempoh 6 bulan. 

puasa mampu jana semula sistem imun secara keseluruhan

Mereka mendapati perubahan yang luar biasa berlaku dalam tempoh ini termasuklah penurunan penghasilan enzim PKA iaitu hormon yang dikaitkan dengan peningkatan risiko barah dan pertumbuhan tumor. 

Malah, sistem ketahanan badan para peserta juga kelihatan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Saintis yang mengkaji kajian ini, Profesor Valter Longo terkejut dengan penemuan ini. 

profesor valter longo

Beliau berkata mereka apa yang mereka sedari dalam kajian terhadap manusia dan haiwan ini adalah jumlah sel darah putih menurun ketika puasa panjang. Dan apabila makan, sel-sel darah ini kembali semula.

"Kami terfikir, dari mana ia datang," jelas Profesor Valer.

Penemuan ini juga dikatakan memberikan peluang kepada mereka yang terdedah atau mudah dijangkiti penyakit, yang sedang menerima rawatan kemoterapi malah untuk populasi yang semakin menua.

puasa mampu jana semula sistem imun secara keseluruhan 3

Kajian ini juga menunjukkan bahawa berpuasa menghidupkan suis dalam badan, membuatkan badan memulakan pertumbuhan semula sel stem berasaskan sistem hematopoietik.

Ia memaksa badan untuk menggunakan glukosa, lemak dan keton yang tersimpan dalam badan, serta mula memecahkan sel darah merah dalam jumlah yang besar. Kehilangan sel darah putih membuatkan badan menjana semula sel-sel sistem ketahanan badan yang baru.

Sistem badan kita akan cuba untuk menyimpan tenaga apabila sedang berlapar. Apa yang badan kita boleh buat untuk menyimpan tenaga adalah mengitar semula banyak sel-sel ketahanan badan yang tidak diperlukan terutamanya yang telah rosak.

puasa mampu jana semula sistem imun secara keseluruhan 4

Ini bermakna, menurut penemuan kajian itu, proses berpuasa selama 72 jam diikuti dengan makan makanan sihat dan berkhasiat mampu memulihkan mereka yang mempunyai masalah sistem ketahanan badan.

Walaupun manfaat-manfaat ini kelihatan sangat baik, namun pakar perubatan mengingatkan kajian lanjut perlu dilakukan sebelum dijadikan alternatif perubatan.

Rujukan : Awareness Act


tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)