Adakah anda pernah perasan, ada produk kesihatan atau minuman kesihatan yang "meletup" sekejap sahaja. Produk-produk ini meletup disebabkan aktiviti promosi yang hebat sehingga menaja slot drama atau rancangan televsyen. Tapi selepas tamat sahaja sasaran jualan mereka, produk tersebut terus hilang dalam pasaran. 

minuman kesihatan

Selalunya produk-produk ini diusahakan oleh mereka yang mempunyai nama besar dan dikenali agar mudah untuk membuat pemasaran dan mempengaruhi pembeli. Inilah yang dikatakan "PRODUK HIT" 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mereka memang sangaja hasilkan produk ini untuk meletup sekali sahaja dan mereka sasarkan jualan sehingga mencapai 1 juta jualan. 

Contoh kiraan kos dan keuntungan

Bagi keuntungan mereka pula, jom kita buat sedikit perkiraan iaitu produk minuman kesihatan yang menjanjikan seribu keajaiban kepada pembeli. 

Pengiraan : 

  • Harga jualan seunit : RM89
  • Kos produk : RM30
  • Kos pemasaran, logistik dan lain-lain : RM9
  • Keuntungan bersih : RM50

Jika sejuta produk terjual ....? Bayangkan keuntungan yang mereka perolehi. Kenapa harga kos murah sangat? Sebab mereka memang nak pasarkan sekali sahaja dan tidak mengharapkan pengguna membeli kali kedua. 

Cukup sekadar persembahan produk yang meyakinkan dan kelihatan eksklusif serta mahal, isi kandungannya pula yang dikatakan ekstrak pelbagai pati jus mungkin cuma perasa, gula dan campuran madu, tambahan vitamin asas seperti vitamin c dan multivitamin serta pengawet sahaja.

minuman kesihatan 3

Gambar hiasan

Begitulah kisahnya produk hit ini. Sebab itu kadangkala pembelian produk yang sama kali kedua sukar dan kerap dikatakan "stok baru tak sampai lagi". 

Mungkin juga stok masih ada tetapi saki baki daripada stokis yang terpaksa membeli kuantiti minimum yang besar (cth; 1000 unit produk). Selepas 6-12 bulan maka produk hit mungkin sukar dicari dalam pasaran lagi. Ada juga pengusaha produk yang mengeluarkan sekali lagi batch baru produk hit ini, tapi ikut kepada pesanan tambahan atau kali kedua daripada stokis-stokis yang berjaya menjual habis stok pertama. 

Impak kepada pengasas produk dan pengguna

Impak kepada pengasas produk : Keuntungan tidak terhingga

Impak kepada pengguna : Mengambil produk yang disangkakan minum kesihatan, namun cuma minum kordial perasa buah-buahan sahaja dan dapatlah sedikit vitamin. 

Selalunya orang-orang kampung menjadi tempat mereka pasarkan produk hit ini. Jika saya ke kawasan kampung dan buat lawatan ke rumah pesakit, pasti akan jumpa produk-produk seperti ini. Berbotol-botol mereka minum. Bila ditanyakan kepada mereka ada kesan tidak mengambil produk minuman kesihatan ini, rata-rata akan jawab tiada kesan pun. 

Habis tu kenapa beli? Soalan Inilah yang buat mereka seoalah-olah sedar daripada pukauan penjual produk-produk ini. Kesian orang kampung. Moga kita semua berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan produk-produk hit ini. Jika mahukan vitamin dan mineral tambahan, kita boleh perolehinya melalui pengambilan makanan yang seimbang. 

minuman kesihatan 2

Makanan atau minuman tambahan tidak boleh merawat penyakit yang dialami. Ia cuma sekadar meningkatkan kesihatan umum tubuh. Maka jika kesihatan tubuh sudah baik dan sihat, maka tidak perlu pengambilan produk kesihatan tambahan ini.

Perkongsian oleh :   

Mohd Dziehan Mustapa, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)