Oleh pada 04 Apr 2017 kategori

Di zaman kegawatan ekonomi ini, pelbagai cabaran yang kita tempuhi; harga barang naik, harga petrol naik, kos pengangkutan awam naik, harga barang keperluan naik dan segalanyalah naik, cuma gaji saja tak naik-naik. Kalau dilihat di Facebook, ramai rakan-rakan kita yang mencari duit poket atau side income dengan menjadi dropship atau reseller kepada produk yang "laku keras" atau "suam-suam kuku" bagi menampung keperluan harian. Tak kurang juga lahirnya pelbagai mentor dan guru-guru dalam industri perniagaan yang banyak membantu usahawan kecil ini untuk memasarkan, menguruskan dan membantu mereka mencari idea untuk berniaga.

BESARKAN TEKS     A-  A+

marketing 199

Kini dengan kepesatan teknologi maklumat di Malaysia, makin ramai sedar tentang pentingya online marketing kerana mengikut statistik daripada website Amanz, terdapat 20 Juta pengguna Internet di Malaysia setakat Mac 2016. Ini menunjukkan betapa besarnya akses dan network yang boleh diniagakan.

Saya ambil contoh kalau anda ambil 1% sahaja daripada 20 Juta itu, iaitu 200,00 orang.

1% x 20,000,000 = 200,000 orang

Sekiranya produk yang dipasarkan berharga RM10.

200,000 x RM10 = RM2,000,000

Dari kiraan yang dibuat, anda boleh mencapai target market sebanyak RM2 Juta dan ini menunjukkan target prospect untuk produk anda adalah luas. Aspek lain juga turut perlu di ambil kira.

kiraan 787

Saya bagi contoh lain, katakanlah produk yang anda jual adalah bedak sejuk hipster. Kebiasaannya, bedak sejuk akan dibeli oleh kaum wanita. Katakanlah daripada 20 Juta pengguna Internet di Malaysia itu, kaum wanita adalah 45%.

45% x 20,000,000 = 9,000,000 orang

Dan daripada 9,000,000 orang itu, 90% daripadanya adalah remaja yang berumur 17 sehingga 30 tahun yang pentingkan kecantikan dan keanggunan diri.

90% x 9,000,000 = 8,100,000 orang

Dan daripada 8,100,000 orang itu, 1% adalah remaja yang aktif mencari produk yang sesuai untuk mereka.

1% x 8,100,000 = 810,000 orang

Dan bedak sejuk hipster anda berharga RM20.

810,000 x RM20 = RM16,200,000

Dari kiraan ini, market produk anda adalah RM16.2 Juta dan dari kiraan ringkas ini boleh memberi gambaran yang lagi jelas kepada anda tentang pentingnya membuat kajian terlebih dahulu bagi memasarkan produk atau servis anda sebelum masuk ke dalam dunia perniagaan.

Namun operating cost atau kos-kos lain yang berkaitan perlu menjadi tumpuan usahawan kerana peningkatan harga barang di Malaysia saban hari ini sedikit sebanyak telah menjejaskan bajet atau kos yang telah ditetapkan.

Sebagai dropship atau reseller, kiraan mudah ini boleh membantu anda mengenali produk yang anda jual itu mempunyai nilai pasaran sebesar mana dan membantu anda mendapat untung dengan cepat dan pantas tanpa perlu mencuba pelbagai produk.

Saya sertakan beberapa website mudah yang anda boleh rujuk untuk mendapat statistik:

Jabatan Statistik Negara

Institut Statistik Malaysia (ISM)

Semoga bermanfaat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)