prada marfa buti di tengah padang pasir texas

Sehingga tahun 2005, tiada satu pun cawangan butik Prada dibuka di negeri Texas, walaupun di bandar-bandar besar seperti Houston atau Dallas.

Maka, ia adalah satu perkara yang sangat mengejutkan apabila pada 1 Oktober 2005, sebuah "butik" Prada dibina di kawasan padang pasir negeri itu berdekatan dengan laluan lebuhraya 90, 42 kilometer dari bandar terdekat iaitu Marfa.

Michael Elmgreen dan Ingar Dragest, ahli seni dari Denmark adalah duo yang bertanggungjawab di atas pemasangan seni ini.

Struktur reka bentuk butik yang dikenali sebagai Prada Marfa itu dipenuhi dengan beg tangan dan kasut Prada dari koleksi musim luruh/musim sejuk Prada pada tahun 2005 yang diberikan oleh Miuccia Prada (ketua pereka Prada dan pengasas Miu Miu) sendiri.

michael elmgreen dan ingar dragset pencipta prada marfa

Miuccia juga membenarkan artis-artis itu untuk menggunakan nama dan cap dagangan Prada dalam pameran mereka.

Pameran itu memainkan reka bentuk minimalis butik Prada yang sebenar, dengan beberapa pilihan kasut dan beg tangan dipamerkan pada tingkap butik.

Jika sekilas pandang ia kelihatan seperti butik Prada sebenar, namun satu sahaja yang berbeza iaitu ia tidak mempunyai pintu yang berfungsi.

Menurut Michael Elmgreen, pameran yang meletakkan sebuah "kedai" di tengah-tengah padang pasir ini dibuat sebagai kritikan terhadap industri barangan mewah.

prada marfa pada waktu siang

bahagian dalam prada marfa 2

bahagian dalam prada marfa

Prada bersetuju dengan idea untuk mengkritik industri ini telah memberikan kerjasama.

Hakikat bahawa pameran ini dibina di tengah-tengah padang pasir Texas juga adalah sebahagian daripada kepentingan artistiknya. Duo artis ini tidak pernah berniat untuk mengekalkan dan memeliharan butik ini.

Mereka memutuskan untuk membiarkan ia usang dan roboh dengan sendiri secara semulajadi, yang akhirnya menjadi sebahagian daripada tanah yang didiami, sebagai penyataan mengenai ketahanan fesyen dan mengkritik budaya pemakai.

Walaubagaimanapun, tak semua penduduk Texas yang menghargai hasil seni ini atau memahami kritikan terhadap barangan mewah yang dimaksudkan.

orang ramai mengunjungi prada marfa 2 700

orang ramai mengunjungi prada marfa

Pada waktu malam selepas kedai ini siap dipasang, beberapa orang pencuri telah memecah masuk dan mengambil semua beg tangan dan kasut Prada yang sangat mahal.

Meskipun niat asal mereka untuk membiarkannya, namun artis-artis ini terpaksa kembali dan membaiki kerosakan itu serta menggantikan barang-barang yang dicuri.

Namun kali ini semua beg tangan dan kasut yang dipamerkan dilengkapi dengan monitor keselamatan di dalam yang akan memberikan amaran kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pencerobohan atau cubaan memindahkan barangan dalam usaha mencegah kecurian.

prada marfa pada waktu malam 860

Sejak itu, ia telah menjadi lokasi pelancongan popular yang dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia untuk melihat butik Prada yang berada di tengah-tengah tanah gersang.

Bahkan ia menjadi satu adat bagi pelawat untuk meninggalkan kad perniagaan mereka di lokasi ini sebagai tanda mereka sudah sampai di situ.

Malangnya, pada Mac 2014, berlaku lagi satu vandalisma. Walaupun tiada barangan yang dicuri, namun sebahagian daripada struktur ini dicat dengan warna biru, iklan TOMS palsu digantungkan di luar dan satu manifesto digantung di dinding di luar dengan mesej aneh:

prada marfa menjadi mangsa vandalisma

prada marfa dicat warna biru

"TOMS Marga akan membawa inspirasi yang lebih besar kepada pengguna Amerika Syarikat untuk memberikan apa yang mereka miliki kepada negara-negara membangun yang menderita akibat kebuluran dan korupsi, selagi anda membeli kasut TOMS dan mengakui bahawa Jesus Christ adalah penyelamat anda. Maka bantulah Tuhan anda, atau tidak kamu akan dihumbankan ke neraka. Selamat datang ke Hari Kiamat?".

Pihak polis akhirnya berjaya menangkap seorang artis berusia 32 tahun bernama Joe Magnano yang mempunyai kaitan dengan perbuatan itu dan dia telah didapati bersalah serta dikenakan denda RM4,000 dan diarahkan membayar RM42,800 kepada Prada Marfa.

Joe juga diarahkan untuk mengecat semula dan membaiki butik ini. 

Dan kini setelah lebih daripada sedekad, struktur ini berdiri teguh di gurun Texas yang kalis daripada kecurian, pengabaian dan unsur semulajadi.

Ia telah dikelaskan sebagai sebuah muzium dan perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada landskap Texas.


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)