Oleh pada 18 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Facebook Mona Syamimi & Instagram Shahir Zawawi

Sedang peminat berteki-teki tentang status hubungan Shahir Zawawi dan Erra Fazira, timbul pula kisah lain apabila tersebarnya foto penyanyi itu dengan seorang wanita muda.

Beberapa keping foto yang dimuat naik di akaun Facebook individu berkenaan yang juga merupakan seorang pramugari menggambarkan dirinya dan Shahir sedang bersiar-siar bersama.

Bagaimanapun Shahir dalam kenyataan terbarunya menafikan mempunyai hubungan istimewa dengannya.

Malah Shahir menegaskan pramugari itu hanyalah salah seorang penyokong dalam program AF Megastar.

"Saya tiada hubungan istimewa dengan wanita terbabit, saya mengenali dia sejak sebulan lalu dan mengaku dia sering memberi sokongan sepanjang program AF Megastar berlangsung.

"Tapi tidaklah sampai dia jadi kekasih atau ada hubungan lain," katanya memetik laporan portal Mstar Online.

Shahir membuat kenyataan tersebut apabila diminta mengulas foto-foto dengan wanita berkenaan yang tersebar.

foto dengan pramugari tular ini jawab shahir 2

Kredit foto: Facebook Mona Syamimi

Dalam pada itu, penyanyi berusia 29 tahun itu mempersoalkan niat wanita berkenaan menayangkan kiriman di media sosial yang boleh menimbulkan kontroversi.

Finalis akhir AF Megastar itu meminta soalan media dipulangkan semula kepada empunya badan.

"Kami baru kenal dan kalau keluar beramai-ramai, tapi tidak tahu mengapa dia ambil gambar seolah-olah kami berdua sahaja.

"Tentang kapsyen love itu juga saya tidak tahu, kena tanya dialah mengapa tulis begitu pula," ujarnya.

Dalam kesibukan membuat persiapan untuk Konsert Akhir AF Megastar, beliau akui berasa tertekan apabila timbul isu remeh sebegini.

"Sudahlah tertekan dengan persiapan lagu baharu untuk final ini, timbul pula isu-usu remeh begini menjadikan fikiran saya serabut sedikit," katanya lagi.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)