Mungkin sejak dari zaman kecil lagi setiap kali anda membuang air besar, anda sudah menyedari biji-biji jagung yang dimakan masih kelihatan sama saja seperti sebelum dimakan. Pernahkah anda terfikir, mengapa jagung-jagung yang dimakan seolah-olah tidak terurai dan tidak berubah bentuk seperti makanan lain?

Fahami anatomi jagung

Bijirin jagung adalah merupakan benih tanaman itu sendiri. Lapisan luar isirung ini dikenali sebagai perikarp atau lapisan bran. Bahagian inilah yang tidak berubah bentuk apabila melalui saluran pencernaan anda. Di sebalik lapisan bran ini pula terdapat germa dan endosperma. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Germa berada di bahagian paling dalam biji jagung yang bertindak sebagai embrio kepada tumbuhan ini. Manakala endosperma pula merangkumi majoriti ruang bijirin dan bertugas menyalurkan zat-zat yang diperlukan kepada germa.

anatomi jagung bahagian dalam keratan rentas biji jagung

Menurut satu artikel yang diterbitkan pada Februari 2016 dalam jurnal Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety, jagung dikelaskan sebagai sayuran berkanji di mana 98-99% kandungan kanji ini boleh didapati di bahagian endosperma isi jagung.

Walaupun bijian jagung kelihatan seperti tidak dihadam sistem manusia, sebenarnya tubuh kita mampu menyerap segala nutrien yang terkandung dalam jagung. Hanya lapisan 'cangkerang' di luarnya sahaja  yang tidak terurai disebabkan kekurangan enzim pencernaan yang diperlukan. Namun begitu, ia masih membekalkan serabut diet tinggi yang membantu melancarkan proses penghadaman dengan melembutkan tinja.

jagung rebus

Nutrien jagung yang boleh dihadam

Setiap jagung mengandungi zat protein, gula, kanji dan lemak. Kesemua kandungan ini boleh dihadam dengan mudah dan diserap ke dalam saluran darah. Menurut USDA, satu mangkuk jagung (sejuk beku) yang dimasak membekalkan zat berikut kepada tubuh manusia:

Kalori159
Protein5.1 gram
Lemak2 gram
Karbohidrat36.5 gram
Gula4.7 gram

Kenapa lapisan luar bijirin jagung tidak terurai?

Lapisan bran yang meliputi bijirin jagung ini terdiri daripada serat selulosa. Sebagaimana sifat kanji, selulosa juga terdiri daripada molekul-molekul gula yang terikat secara kimia. Namun, cara ikatan antara molekul gula di dalam kanji dan selulosa adalah berbeza.

kenapa biji bertih jagung kekal dalam taik tahi najis

Sistem pencernaan manusia menghasilkan enzim-enzim yang dapat memecahkan ikatan kimia kanji dengan mudah dan cepat. Proses ini akan menguraikan kanji dan melepaskan molekul-molekul gula ke dalam saluran darah.

Walau bagaimanapun, menurut Virtual Chembook oleh Elmhurst College, enzim-enzim pencernaan ini tidak mampu memecahkan ikatan kimia antara molekul gula yang terkandung dalam selulosa. Oleh itu, lapisan luar biji jagung ini akan terus melalui usus dalam keadaan hampir sempurna.

Memang tak boleh bagi hancur ke?

Usah khuatir jika anda bukan seorang peminat sisa jagung semasa di tandas. Terdapat kaedah berkesan untuk membolehkan jagung lebih senang dihadam dan terus hilang daripada pandangan. Caranya mudah iaitu dengan memproses jagung sama ada dimasak sehingga lembut, dikisar atau ditumbuk. Setiap langkah pemprosesan ini akan membantu memecahkan molekul serat yang melindungi bijirin tersebut.

puding jagung kastard berkrim

Anda juga boleh mencuba produk yang tidak akan menyebabkan kejadian 'najis berjagung' seperti tortilla, keropok jagung, bertih jagung, minyak jagung dan sirap jagung tinggi fruktosa.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa produk-produk jagung yang mudah dihadam ini tidak bermakna ia juga menyihatkan seperti jagung asli. Produk jagung seperti minyak dan sirap tinggi fruktosa, misalnya, telahpun kehilangan pelbagai khasiat serat dan nutrien sebaik sahaja melalui proses pembuatan.

jagung bakar sangat sedap dan berkhasiat

Bijirin jagung berwarna kuning yang boleh dilihat semasa membuang air besar mungkin nampak sedikit aneh tetapi situasi ini tidak memberi sebarang kesan buruk terhadap kesihatan. Bahkan ia adalah petanda anda telah berjaya memakan jagung dalam bentuk paling menyihatkan. Tambahan pula, selulosa yang tidak terurai itu berfungsi untuk menyerap air di mana akhirnya ia bakal memudahkan urusan anda di bilik air.

Jadi, jangan malu-malu nak makan jagung ya. Anda juga boleh mencuba resipi unik puding jagung bercincau ini jika tiada idea nak buat apa dengan jagung di rumah.

Rujukan:

1. Virtual Chembook, Elmhurst College

2. USDA : Foods Product Information Sheet

3. Healthline : Undigested Food in Stool




Hakcipta iluminasi.com (2017)