Alangkah indahnya kalau dapat berangan berjalan-jalan menenangkan fikiran sambil menaiki kereta mewah Rolls-Royce milik anda, bukan?
Lain pula dengan kanak-kanak di Hospital St. Richard's di England ini. Mereka sudah dapat merasai kenikmatan menaiki kereta mewah ini sejak model mini bagi salah sebuah kereta jenama gergasi itu didermakan.
Walaupun ia bukan kereta bersaiz sebenar, namun pasukan produksi mereka telah menghabiskan masa selama 400 jam untuk menyiapkannya. Kereta itu juga dicat sempurna dalam dua tona warna iaitu biru Salamanca dan putih Andalusia. Rekaan kereta itu juga dikatakan dibantu menggunakan percetakan 3D.
Rolls-Royce berharap agar keseronokan memandu itu dapat mengurangkan rasa takut dan cemas kanak-kanak sebelum dibedah. Nampak gayanya memang kanak-kanak di sana dapat melupakan seketika kesakitan mereka.
Tahniah, Rolls-Royce!