Oleh pada 22 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Anthony Loke Siew Fook 

Sebuah lagi perkhidmatan e-hailing terbaru, Diffride telah dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Bukit Bintang, semalam.

Yuran harian pada kadar rata serendah RM5 sehari yang dikenakan kepada penyedia perkhidmatan itu dilihat mampu memaksimakan keuntungan para pemandunya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Diffride, Hannah Yong, pihaknya mene­tapkan matlamat seramai 6,000 pemandu berserta 500,000 penumpang bertindak sebagai pengguna perkhidmatan berkenaan menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, Anthony Loke Siew Fook mematuhi dasar kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak menerima hadiah atau habuan daripada mana-mana pihak pada sebarang acara.

Beliau didapati menolak hadiah berupa telefon bimbit pintar yang diberikan oleh penganjur sebagai tanda penghargaan. 

“Saya minta maaf tetapi saya tidak boleh terima ini,” ujar Anthony Loke yang diberikan dua buah telefon bimbit sebaik majlis pelancaran itu selesai.

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa kesemua menteri kini tidak lagi dibenarkan mendapat hadiah menerusi dasar baru yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Namun, hadiah seperti bunga, makanan dan buah-buahan adalah dikecualikan.

Sumber:

1. Facebook Bernama Radio [1, 2]

2. Facebook Bernama News Channel

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)