ini perbezaan jpeg gif png serta fungsi mereka 5li44

Sama ada anda seorang yang celik IT, jurugambar profesional atau pun hanya menggunakan komputer dan peranti mudah alih untuk tujuan kecil, pasti anda pernah melihat jenis-jenis fail gambar ini.

Antara format-format fail imej yang paling kerap dijumpai dan digunakan adalah JPEG, GIF dan PNG. Agak mengelirukan bagi mereka yang tak tahu perbezaan antara mereka. Persoalannya, mengapa terdapat beberapa jenis format, dan apakah kegunaanya?

1. GIF

ini perbezaan jpeg gif png serta fungsi mereka 5li88

GIF merupakan singkatan daripada Graphic Interchange Format adalah sejenis bitmap. Namun berbeza dengan JPEG atau PNG, fail-fail GIT adalah terhad kepada palet maksimum 256 warna. 

Pada dasarnya, setiap imej GIF mengandungi 'kotak krayon' dan tidak ada cara untuk benar-benar menggabungkan warna tersebut untuk membuat warna baru.

ini perbezaan jpeg gif png serta fungsi mereka 5li1

Jika 256 warna mungkin kelihatan seperti banyak, namun gambar rumit biasanya mempunyai ribuan tona. Julat warna ini hilang semasa proses penukaran GIF dan inilah alasan utama untuk tidak menggunakan GIF untuk gambar berwarna.

Dan walaupun GIF merupakan pilihan yang tidak tepat untuk imej dengan variasi warna yang luas, had 256 warna membuatkan saiz fail menjadi lebih kecil dan ideal bagi penggunaan internet berkelajuan rendah.

Kategori : Lossless (kualiti kekal jika dimampat, dieskport atau disunting)

Pilih GIF untuk: Animasi ringkas, ikon kecil, grarafik dengan variasi rendah piksel ke piksel (contoh : warna mendatar seperti logo dan bendera)  

2. JPG

ini perbezaan jpeg gif png serta fungsi mereka 5li59

Ikut kesukaan anda sama ada mahu merujuk format ini sebagai "JPEG" atau "JPG", kedua-duanya diterima dengan akronim yang sama iaitu Joint Photographic Experts Group.

Tak seperti GIF, JPEG mempunyai format 16-bit. Ini bermakna ia mampu mencampurkan warna merah, biru dan hijau untuk memaparkan berjuta-juta warna, yang menjadikan JPG sangat "mesra foto".

Ini adalah sebab utama mengapa ia dijadikan format standard kepada kebanyakan kamera digital dan telefon pintar yang ada di pasaran pada masa kini. 

ini perbezaan jpeg gif png serta fungsi mereka 5li98

JPEG juga memberikan anda kelonggaran memilih berapa banyak imej yang mahu dimampatkan, dari 0% (mampatan maksima) kepada 100% (tiada pemampatan). Biasanya, pemampatan pada 60 hingga 75% akan mengecilkan saiz fail namun masih mengekalkan kualiti imej yang baik.

Walaupun JPEG sangat sesuai untuk dimampatkan dan dijadikan fotografi, namun ia merupakan jenis "lossy compression", iaitu bermakna ia kurang ideal untuk imej yang mahu disunting berulang kali.

Jika JPEG dieksport, kemerosotan kualiti akan berlaku dan ia akan terus merosot jika dieksport secara berterusan. Contoh mudah, bayangkan anda memfotostar sekeping gambar, dan gambar yang difotostat itu sekali lagi difotostat, memberikan kualiti yang semakin teruk.

Inilah sebabnya mengapa jurugambar profesional mengambil gambar dalam format RAW.  Dan tidak seperti GIF dan PNG, JPEG tidak dapat memelihara transparensi gambar.

Kategori: Lossy (kualiti merosot bila dimampatkan, dieksport atau disunting)

Guna JPEG untuk: Gambar pegun, fotografi, imej dengan warna kompleks dan dinamik

3. PNG

ini perbezaan jpeg gif png serta fungsi mereka 5li27

PNG adalah fail format yang lebih baru berbanding GIF dan JPEG. Merupakan singkatan kepada Portable Network Graphics, PNG merupakan gabungan antara kedua-dua GIF dan JPEG, yang menggabungkan perbezaan di antara kedua-duanya. Terdapat dua jenis PNG:

PNG-8

ini perbezaan jpeg gif png serta fungsi mereka 5li11

PNG-8 adalah serupa dengan GIF dalam pelbagai cara, dan menggunakan palet warna yang sama iaitu 256. Ia mempunyai pilihan transparensi yang lebih baik dan biasanya mengeksport fail saiz yang lebih kecil.

Akan tetapi PNG-8 tidak mempunyai fungsi animasi.

PNG-24

ini perbezaan jpeg gif png serta fungsi mereka

PNG-24 pula membolehkan anda memberikan imej berjuta-juta warna, seperti JPEG, tetapi juga menawarkan kebolehan untuk memelihara transparensi. Disebabkan PNG-24 merupakan jenis fail "lossless", saiz fail mungkin akan menjadi lebih besar.

Tetapi jika kualiti imej lebih penting daripada saiz fail, PNG-24 adalah pilihan terbaik.

Walaupun begitu, tidak seperti JPEG, PNG-24 tidak sepadan dengan semua aplikasi dan platform yang ada pada ketika ini yang menjadikannya kurang ideal untuk perkongsian web seperti JPEG.

Namun, kelebihannya berbanding JPEG adalah kualitinya tidak merosot apabila disunting.

Kategori: Lossless (kualiti kekal jika dimampat, dieskport atau disunting)

Guna PNG untuk: Grafik web yang memerlukan transparensi, grafik dan foto berwarna berat, imej yang memerlukan penyuntingan dan pengeksportan berulang kali.

Jadi, yang mana satu lebih baik untuk digunakan?

ini perbezaan jpeg gif png serta fungsi mereka 5li97

Dari kiri ke kanan, fail-fail ini adalah : 

24-bit JPG Termampat, 8-bit GIF, 8-bit PNG, 24-bit JPEG Kualiti Penuh, dan 24-bit PNG. Perhatikan saiz fail bertambah dari kiri ke kanan.

PNG adalah jenis imej yang paling besar untuk imej yang besar, biasanya mengandungi maklumat yang ada mungkin rasa berguna atau tidak, bergantung kepada keperluan anda.

ini perbezaan jpeg gif png serta fungsi mereka 5li62

8-bit PNG adalah satu pilihan, tapi GIF lebih kecil. Namun kedua-duanya tidak optimum untuk fotografi.

JPG pula lebih kecil daripada PNG yang lossless dengan hanya sedikit kemerosotan kualiti. Dan untuk penyimpanan fail beresolusi tinggi, JPG memampatkan hingga bahagian kecil, namun kemerosotan kualiti yang mampu dilihat jika diperiksa dengan jarak dekat.

Pendek kata:

  1. PNG adalah pilihan yang baik untuk transparensi dan tiada kemerosotan kualiti, serta fail bersaiz lebih kecil. 
  2. GIF hanya berguna untuk animasi, tapi boleh hasilkan imej 8-bit yang kecil.
  3. JPG masih digelar "raja fotografi" dan imej seperti sebuah gambar di internet, tapi berhati-hati kerana kualitinya akan semakin merosot setiap kali di-save.

Contoh gambar

GIF: 426kb

ini perbezaan jpeg gif png serta fungsi mereka

JPEG 100% (no compression): 776 KB

ini perbezaan jpeg gif png serta fungsi mereka 5li90

JPEG 75%: 215 KB

perbezaan antara dan 02

PNG-8: 327 KB

ini perbezaan jpeg gif png serta fungsi mereka 5li88

Rujukan:

1. Site Point

2. Practical Commerce

3. How To Geek


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)