Bagi sesetengah orang, fotografi merupakan satu hobi mengisi lapang. Manakala bagi mereka yang menjiwa bidang ini, ia merupakan satu entiti yang merupakan sebahagian daripada hidup.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada terhasilnya foto-foto menarik dan berkualiti adalah kemahiran menggunakan kamera, jenis kamera, dan juga jenis lensa yang digunakan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

lensa kamera

iluminasi.com ingin berkongsi 5 lensa kamera yang paling mahal di dunia yang pernah dihasilkan.

5. Zeiss Apo Sonnar T 1700mm f/4

zeiss apo sonnar t 1700mm 2

Pada tahun 2006, Carz Zeiss telah melakukan percubaan untuk menghasilkan lensa terbaik di dunia, dengan mencipta Zeiss Apo Sonnar T 1700mm f/4. Lensa ini dicipta untuk kegunaan kamera berformat Hasselblad 6x6. 

Tengok kepada saiznya, anda sudah boleh mengagak bahawa ia sangat berat, iaitu seberat 256 kilogram, membuatkan proses memfokus harus dilakukan dengan cara luar daripada kebiasaan.

zeiss apo sonnar t 1700mm

Selain daripada lensa yang digunakan oleh tentera, lensa ini merupakan lensa telefoto yang paling besar di dunia. Ia sangat sesuai dan sempurna untuk digunakan bagi mengambil gambar hidupan liar. Ia terdiri daripada 15 elemen optik berlainan dalam 13 kumpulan.

Harga bagi seunit lensa ini melebihi RM420,000.

4. Nikkor 6mm Fisheye Lens

nikkor 6mm fisheye lens

Lensa Nikkor 6mm fisheyes daripada Nikon ini merupakan lensa yang paling ekstrem bagi kategori lensa bersudut lebar. Lensa yang sangat besar dan lebar ini mempunyai liputan seluas 220 darjah, dengan diameter 236mm dan seberat 5.2 kilogram.

Ia dikeluarkan pada tahun 1970 atas tujuan khas penggunaan saintifik dan perindustrian. Antaranya termasuklah kerja pengawasan, mengambil gambar bahagian dalam paip dan kawasan sempit. 

nikkor 6mm fisheye lens 3

nikkor 6mm fisheye lens 2

Sebanyak 12 elemen digunakan bagi menghasilkan Nikkor 6mm fisheye ini, dan dilengkapi dengan jarak fokus/bukaan 2.8 hanya dalam 6mm. Harga bagi seunit lensa ini mencecah RM672,000.

3. Canon EF 1200mm f/5.6 

canon ef 1200mm f5 6

Canon telah menghasilkan sebah lenca SLR AF terbesar yang boleh ditukarganti, dari segi jarak fokus dan bukaan maksimum. Lensa hebat ini sangat sesuai untuk fotografi sukan dan hidupan liar.

Ia dihasilkan pada tahun 1993 dan ditawarkan untuk jualan awam sebanyak 3 kali dalam abad ini. Kedai B&H Photo Video pada tahun 2009 menjual lensa ini dengan harga RM504,000.

canon ef 1200mm f5 6 2 912

canon ef 1200mm f5 6 3

Ia kemudiannya ditawarkan dengan harga RM693,000 oleh MPB Photographic pada tahun 2014 dan pada tahun 2015, lensa ini kembali kepada B&H Photo Video, dengan harga RM756,000.

2. Leica 1600mm f/5.6 Telephoto

leica 1600mm f5 6 telephoto

Lensa ini dihasilkan oleh Leica melalui tempahan, yang dibuat oleh Sheikh Saud Bin Moammed Al-Thani, Putera Qatar. Sheikh Saud membayar wang sejumlah RM8.4 juta kepada Leica bagi menghasilkan lensa yang hanya terdapat satu unit sahaja di dunia.

Tak banyak maklumat mengenai lensa ini kerana ia tiada siapa sempat atau dapat memegang lensa ini. Prototaip lensa ini terdapat di ibu pejabat Leica. Apa yang diketahui adalah lensa ini direka untuk digunakan oleh kamera Leica-R, berdiameter maksimumnya 42 sentimeter, dan mempunyai panjang 1.2 meter dengan berat 60 kilogram.

leica 1600mm f5 6 telephoto 2

Disebabkan terlalu berat, Sheikh Saud mengarahkan penghasilan kereta Mercedes khas untuk membawa lensaa ini ke mana-mana. 

1. Carl Zeiss 50mm Planar F/0.7

carl zeiss 50mm planar f0 7 3

Lensa Carl Zeiss ini, merupakan lensa yang mempunyai atara bukaan (apertures) yang paling besar dalam sejara fotografi. Ia dicipta pada tahun 1960an, dan hanya 10 unit sahaja dihasilkan.

Ia direkacipta khas untuk program NASA Apollo bagi membolehkan penangkapan sisi jauh bulan. Daripada 10 unit yang dihasilkan, 1 unit disimpan oleh Carl Zeiss, 6 unit dijual kepada NASA, dan baki 3 unit lagi telah dibeli oleh Stanley Kubrick, seorang direktor, untuk digunakan dalam penggambaran filem Barry London.

carl zeiss 50mm planar f0 7

carl zeiss 50mm planar f0 72

Apa yang istimewa mengenai lensa ini adalah ia mampu mengambil gambar atau melakukan penggambaran dengan sumber cahaya hanya daripada sebatang lilin. Menurut pereka cipta lensa ini, ia mampu berfungsi keadaan gelap gelita.

Harganya? RM96.6 juta.




Hakcipta iluminasi.com (2017)