Kredit foto: Instagram Ameng

Bekas finalis gegar Vaganza, Ameng mendedahkan pengalaman malam pertamanya berada di penjara.

Menurut Ameng atau Wan Aminuddin bin Wan Ismail, dia tidak dapat melelapkan mata ketika tidur pertama kali di tirai besi itu.

Lalu dia bertanyakan satu soalan kepada pegawai penjara.

“Malam pertama ‘check-in’ di ‘villa’ saya tak boleh tidur. Saya tanya kepada warden penjara... kenapa tak ada kipas?”

"Lepas tu warden tu jawab; Ameng... kau kena bezakan perkataan ‘penjara’ dengan ‘hotel’. Ini bukan hotel, nanti aku letak kipas kau tak nak balik!” cerita Ameng sambil disambut gelak tawa penonton di studio Wood & Steel.

Ameng membuat kenyataan tersebut ketika menjadi jemputan dalam rancangan Konti Karat yang dihoskan oleh pelawak Shuib Sepahtu.

Dalam pada itu, bekas vokalis kumpulan Spring itu memanjatkan kesyukuran dengan pengalaman lampau yang ditempuhinya dan menyifatkan ia pelajaran yang berharga. 

Mengimbas kehidupannya sebagai banduan, Ameng memberitahu dia menghimpun doa setiap hari agar dapat dibebaskan daripada penjara Kluang itu dalam keadaan bernafas.

Selain Ameng, antara tetamu jemputan dalam episod mingguan Konti Karat termasuk Siti Nordiana, Siti Sarah, Hazama, Ayai Ilusi, Zarul dan ramai lagi.

Program tersebut bersiaran setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Prima dan Maya HD.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)