Oleh pada 26 Apr 2017 kategori

akauntan thailand berumur 64 tahun

Pepatah "sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit'' bererti kita akan dapat lihat macam mana hasil usaha kita selama ini dengan berkat kesabaran dan kegigihan kita untuk menyimpan wang demi masa depan. Walaupun hasil itu agak lambat untuk kita dapat tetapi akan tetap membuahkan hasil juga pada akhirnya. Tahukah anda bahawa terdapat ramai di antara kita yang masih gagal untuk menguruskan kewangan peribadi dengan baik dan memberi alasan atas kegawatan ekonomi yang semakin mencabar walhal anda sendiri yang gagal merancanglah, yang merancang untuk gagal kan?

financial problem astro1

Tidak kiralah sama ada anda berpendapatan besar atau tidak, kalau tidak mengurus wang anda dengan betul memang anda telah termasuk dalam 'jerat sendiri'. Percayalah bahawa setiap hujung bulan mesti akan ada di antara kita yang akan meminjam wang dari kawan baik atau ibu bapa kerana kita sudah 'nyawa-nyawa ikan' masa itu tetapi sampai bila kita nak meminjam kan?

Jom ikuti 8 tips mudah ini untuk menguruskan wang anda dengan bijak :

#1 Simpan 10%-15% dari gaji bersih dan masukkan dalam akaun simpanan khas

Ini sangat penting untuk melatih diri anda menyimpan wang dengan betul tanpa rasa terbeban. Setiap bulan anda boleh automatik simpan dalam akaun simpanan khas. Anda boleh mumbuka satu akaun simpanan khas untuk menyimpan sahaja dan meminta bank untuk beri buku simpanan sahaja tanpa kad debit. Akaun ini adalah untuk hal kecemasan pada masa akan datang. Dengan cara ini, anggap sahaja anda sedang membayar hutang sebab hutang kan memang wajib kena bayar. Jadi, tak salah pun untuk menyimpan dengan cara begini.

save1

#2 Rekod perbelanjaan harian

Ya, percaya atau tidak ini ialah langkah berkesan untuk menguruskan wang anda dengan betul. Dari sini, anda boleh rekod apa yang anda telah belanjakan atau apa yang anda terima dari hasil jualan kecil-kecilan jika ada. Kalau selalu rasa banyak keluarkan duit, anda boleh semak kembali rekod anda dan membuat rancangan untuk menghadkan perbelanjaan harian anda. Sekarang kan dunia teknologi, banyak aplikasi percuma yang anda boleh 'download' dalam 'Play Store' mahupun 'App Store' seperti Monny dan banyak lagi. Ini memang memudahkan anda untuk rekod setiap hari tetapi memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Buat setiap hari sebelum tidur ok.

monny

#3 Katakan tidak pada kad kredit

Jangan ambil risiko kalau takut termasuk dalam 'jerat sendiri' nanti. Nampak memang senang sebab tidak perlu menggunakan tunai tetapi bahaya kalau banyak berhutang dengan bank sebab ia akan menunjukkan rekod buruk pada CCRIS nanti jika anda sudah tidak mampu membayar hutang kad kredit kemudian hari.

blob 207

#4 Bayar hutang dahulu

Apa yang kita kena utamakan dahulu adalah membayar hutang seperti pinjaman kereta mahupun rumah. Hutang wajib dibayar ok. Jangan buat-buat lupa pula. Kalau tak bayar nanti, memang akan makan diri sebab kereta kena tarik, rumah pula kena lelong dan lain-lain. Anda kena selesaikan apa yang patut dahulu.

blob 636

#5 Berbelanja mengikut kemampuan

Boleh kalau hendak berbelanja setiap bulan, cumanya jangan berbelanja mengikut nafsu, tetapi ikutlah kemampuan anda. Jangan meniru gaya hidup kemewahan orang lain tetapi berpada-padalah kalau pendapatan bersih bulanan anda pun tidak mampu menanggung hidup anda sendiri sampai hujung bulan, sila jangan berangan nak hidup mewah. Ubah cara hidup anda ok. Kalau anda seorang yang selalu suka membeli barang berjenama, berhentilah sekejap sampai keadaan kewangan anda sudah kukuh satu hari nanti.

blob 109

#6 Buat bajet bulanan sendiri

Ini sangat afdal kerana anda sudah merancang sesuatu untuk setiap bulan dan anda akan cuba mengikut perancangan anda. Awal-awal memang rasa macam akan terlari bajet sikit, tetapi lama-lama anda akan sudah biasa untuk uruskan bajet bulanan anda dan pada masa yang sama, anda juga berasa yakin untuk hidup berjimat tanpa rasa beban di dada. Anda boleh mencuba 'download' template percuma ini dan cetakkan ia untuk mudahkan anda membuat rujukan dari semasa ke semasa. Jadi, anda tidak perlu rasa bimbang dengan perbelanjaan sekolah anak-anak dan seumpanya.

blob 83

free download

#7 Menabung

Sejak dari kecil lagi ibu bapa kita sudah mengajar kita untuk menabung kan. Jadi, tak salah untuk cuba menabung lagi walaupun dah besar. Kalau nak menabung, jangan ingat hanya boleh menabung duit syiling sahaja tetapi boleh juga menabung duit kertas ya. Anda boleh membuat banyak tabung untuk setiap kategori seperti melancong, hiburan dan macam-macam lagi. Seronok ada banyak tabung sebab akan rasa macam ada duit banyak walaupun sebenarnya tabung itu masih belum matang. Letakkan sasaran bila hendak menggunakan tabung itu, jadi senang untuk anda mencari masa mengumpul lebih banyak.

blob 71

#8 Disiplin diri

Tak kira dalam apa jua bidang yang anda ceburi sekarang, kalau nak berjaya kena ada disiplin. Kita berdisiplin bukan bermaksud kita kedekut. Jika anda tidak ada disiplin dalam diri, macam mana anda hendak menguruskan wang anda dengan bijak? Mahu menjadi seorang yang gagal selamanya? Dunia sangat mencabar saban hari, segala-galanya memerlukan wang. Jadilah seorang yang bijak. 

blob 536

Ok, ini sahaja tips-tips utama yang anda perlu cuba. Perlahan-lahan cuba ikut seperti mana kita hendak belajar berjalan satu ketika dahulu macam itulah kita kena sentiasa berusaha untuk yang terbaik demi masa depan kita nanti. Lagipun, ini untuk kesenangan kita juga. Jadi, tanyalah diri anda sendiri apa yang anda mahu sebenarnya kerana semua tips ini manfaatnya untuk jangka masa yang panjang. Rugi kalau anda tidak cuba sekarang. Selamat mencuba dan semoga berjaya !


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)