menabung

Antara ilmu penting apabila dewasa adalah ilmu menguruskan kewangan. Malangnya ilmu ini selalunya tidak diajar secara formal di sekolah mahupun di universiti.

Kebanyakan orang yang tidak cukup duit adalah kerana mereka tidak pandai menguruskan duit. Tidak kiralah jika anda bergaji kecil atau besar, sekiranya anda tidak tahu menguruskan wang dengan betul, ianya tidak akan pernah cukup!

simpanan

Jangan terkejut sekiranya ada yang bergaji RM10k sebulan tetapi masih tidak cukup. Mari ketahui beberapa ciri orang yang pandai menguruskan wang dengan betul.

1. Bermula SEKARANG

Orang yang bijak menguruskan kewangan akan mula menyimpan awal. Merka tidak suka bertangguh. Kebanyakan golongan muda berfikiran mereka akan lebih mudah menyimpan duit apabila sudah bergaji besar kelak.

Pemikiran ini adalah salah sama sekali kerana sekiranya peningkatan gaji diiringin dengan peningkatan komitmen bulanan, anda tidak akan mampu menyimpan tidak kira berapa lama anda bekerja.

2. Mempunyai Simpanan Apabila Bersara

Tiada manusia yang ingin bekerja selama-lamanya. Oleh itu, perancangan yang betul adalah penting untuk memastikan anda mempunyai wang apabil bersara kelak.

Adakah wang pencen/persaraan atau wang KWSP mencukupi apabila anda bersara kelak? Mungkin cukup ataupun tidak. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak KWSP, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai wang KWSP yang mencukupi untuk menampung kehidupan mereka di hari tua kelak!

3. Tahu Bezakan Keperluan atau Kehendak

Secara jujurnya, kebolehan membezakan antara keperluan dan kehendak adalah skil penting yang perlu diketahui setiap orang. Jika tidak, anda mungkin akan terlebih berbelanja seperti membeli kereta mewah yang melebihi kemampuan dan pakaian mewah semata-mata untuk bergaya dan dipandang rakan-rakan.

Orang yang bijak menguruskan wang biasanya akan menyenaraikan keperluan dan kehendak. Tipsnya mudah, sekiranya anda mempunyai lebihan wang adalah tidak salah untuk memenuhi kehendak. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak memadai sahajalah membeli barang keperluan.

4. Tidak Menggunakan Fungsi Autopay

Tips ini mungkin kedengaran pelik tetapi ada benarnya. Boleh dikatakan kesemua bank mempunyai fungsi autopay untuk memudahkan anda membuat pembayaran bil dan hutang.

Walaubagaimanapun, adalah lebih digalakkan anda membuat pembayaran dalam talian secara manual agar otak anda lebih peka dan dapat mengetahui aliran keluar masuk wang.

5. Mempunyai Bajet dan Mengetahui Aliran Keluar Masuk Wang

Tidak kira berapa banyak gaji anda dapat setiap bulan, sekiranya tidak dibuat bajet, ianya tidak akan pernah cukup. Kebanyakan orang tidak mempunyai wang simpanan yang cukup kerana berbelanja melebihi kemampuan.

Dengan membuat bajet bulanan, anda dapat melihat dengan jelas aliran keluar masuk anda. Sekaligus mengelakkan terjadinya overspending.

6. Menyimpan Sebelum Berbelanja

Apabila menyimpan, kesalahan untuk kebanyakan kita adalah menyimpan setelah berbelanja. Sepatutnya, kita perlu membuat bajet dan menetapkan jumlah yang perlu disimpan. Duit lebihan daripada membayar bil dan simpanan barulah digunakan untuk berbelanja.

bajet kewangan

Dengan menetapkan simpanan sebelum berbelanja, kita secara tidak langsung memaksa diri untuk berbelanja mengikut kemampuan bajet kita sahaja.


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)