Selepas membasuh tandas di tangan, perkara seterusnya yang anda lakukan adalah mengeringkan tangan anda. Terdapat dua pilihan yang biasa kita gunakan di tandas awak, iaitu menggunakan tisu atau pengeringan tangan yang menggunakan haba.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan tandas awam di Malaysia sudah memasang alat pengering tangan untuk pengguna. Hal ini dikatakan untuk menjimatkan penggunaan tisu selain dapat juga mengurangkan sampah sarap di tandas akibat tisu yang dibuang bersepah-sepah.

hand dryer

Walau bagaimanapun, adakah menggunakan pengering tangan benar-benar bersih dan tidak terdedah kepada pencemaran bakteria?

Satu penemuan baru sangat mengejutkan di mana penggunaan pengering tangan ini sebenarnya mendedahkan tangan anda dengan jangkitan bateria yang sudah ada dalam alat pengering tersebut. 

Alat pengering tangan yang terdapat di tandas berfungsi dengan menyedut udara daripada sekeliling dan menghembuskan udara panas keluar dengan laju. Dengan penambahan suhu, tangan kita akan lebih mudah cepat kering. Walau bagaimanapun, apabila alat ini menyedut udara daripada sekeliliing persekitaran di dalam tandas yang mengandungi bakteria, angin yang dihembus daripadanya akan melekat pula pada tangan kita.

Selain itu, suhu dalaman alat tersebut yang panas juga menggalakakkan pembiakan bakteria. Apa-apa pun, jangan risau kerana bakteria ini tidaklah terlalu bahaya sehingga boleh menyebabkan penyakit. 

tisu

Penggunaan alat pengering tangan ini didakwa dapat menjimatkan kos. Sekiranya anda ingin membasuh tangan di dalam tandas sebelum makan, sebolehnya elakkan mengeringkan tangan menggunakan alat pengering tangas. Sebaiknya, gunakan tisu.

Kredit: Telegraph.co.uk


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)