china lockdown

Setelah kira-kira 4 bulan pandemik COVID-19 diisytiharkan sudah lebih 245,000 kes direkodkan dan 8000 kematian dicatatkan diseluruh dunia. Lebih mengejutkan, rekod kematian yang dicatatkan di Itali sudahpun melebihi jumlah kematian yang direkodkan di seluruh negara China.

Malah, negara China juga mengumumkan mereka sudah berjaya menangani penularan penyakit ini di seluruh negara. Sesetengah pihak menganggap kejayaan ini terhasil atas usah drastik kerajaan China yang mewujudkan hospital khas untuk pesakit COVID-19 dan undang-undang lockdown di sana.

Kali ini, kami ingin berkongsi pengalaman seorang rakyat Malaysia yang tinggal di China  dimana kawasan tempatnya tinggal sudah diletakkan di bawah lockdown. Segala tulisan di bawah adalah pendapat dan tulisan Erycaz Lim (penulis asal), pihak Iluminasi tidak bertanggungjawab atas ketulenan dan kesalahan fakta yang disampaikan.

Keseluruhan China diletakkan dalam keadaan lockdown

china covid 19

Bagi yang tidak tahu, saya sudah berada di Chongqing (China) ketika mana berita mengenai virus ini mula heboh diperkatakan sejak penghujung bulan Januari. Saat itu, seluruh masyarakat dunia mula memerhatikan China dan kini setelah penyakit ini berjaya dibendung disini, negara China pula menyaksikan negara-negara lain bertungkus-lumus melawan penyakit yang mudah berjangkit ini.

Mungkin saya boleh berkongsikan pengalaman saya pada saat-saat getir dahulu dan bagaimana saya menjaga diri daripada turut dijangkiti COVID-19.

Pertama sekali, bukan hanya Hubei dan Wuhan yang diletakkan dalam keadaan lockdown. Sebaliknya, hampir keseluruhan negara China diletakkan dalam keadaan lockdown. Oleh itu, penduduk yang tinggal di Hubei dan Wuhan tidak dibenarkan sama-sekali meninggalkan bandar mereka.

Kawalan pergerakan ketat

saringan covid 19

Di Chongqing, kami tidak dibenarkan untuk meninggalkan kawasan halaman rumah masing-masing. Setiap rumah diberikan permit untuk membolehkan hanya seorang penghuni rumah sebagai wakil untuk keluar dan masuk rumah bagi setiap 2 hingga 3 hari bagi mendapatkan barang-barang keperluan.

Semuanya bergantung kepada keseriusan kes di tempat anda tinggal. Setiap orang yang memasuki sesuatu taman atau bangunan akan dibuat saringan suhu badan. Ketika ini, hanya kedai yang menjual barang kaperluan harian seperti pasar raya, farmasi, klinik dan yang seumpamanya sahaja dibenarkan untuk dibuka dan beroperasi.

Ketika ini, tiada penduduk yang dibenarkan melepak atau berjalan-jalan diluar. Sekiranya didapati berbuat demikian, pihak polis yang melakukan rondaan akan menghalau anda untuk segera pulang ke rumah.

Kawalan pergerakan ketat ini sudah 40 hari di keseluruhan negara China. Secara keseluruhannya, ia melibatkan berbilion orang penduduk China. Selain lockdown ini diwajibkan oleh undang-undang, rakyat China sendiri dengan sukarela tinggal dan mengasingkan diri di rumah.

Tiada sekolah dibuka, tiada pejabat dibuka. Inilah satu-satunya cara untuk menghalang virus ini daripada terus merebak!

Kebiasaannya, saya akan keluaar mendapatkan stok barangan keperluanuntuk 1 hingga 2 minggu. Dengan berbuat sebegini, saya tidak perlu kerap keluar dan mengurangkan  risiko mendapatkan jangkitan. Oleh itu, saya tidak membuat pembelian panik, termasuklah membeli tisu tandas dalam jumlah yang tidak masuk akal.

Langkah-langkah pencegahan yang diambil

sanitasi tangan

Berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang telah saya ambil untuk mengurangkan risiko jangkitan:

  1. Memakai topeng muka. Pemakaian topeng muka ini diwajibkan disini, sekiranya enggan anda boleh ditangkap.
  2. Membawa cecair pembasmi kuman dalam botol kecil dengan sekurang-kurangnya kandungan  75% alkohol kemana sahaja apabila keluar daripada rumah.
  3. Apabila di luar rumah, sebaik sahaja selesai menyentuh butang lif atau apa sahaja, saya akan membersihkan tangan menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum masuk kenderaan dan menyentuh barangan lain.
  4. Saya tidak akan menyentuh muka terutama sekali bahagian mata, hidung dan mulut apabila keluar daripada rumah. Jika perlu, saya akan bersihkan dahulu tangan dengan cecair pembasmi kuman dan menggunakan bahagian dalam baju untuk mengesat mata.
  5. Setelah selesai membeli barangan, letak kesemua barangan dalam kereta dan cuci tangan dengan cecair pembasmi kuman.
  6. Setelah sampai rumah, cuci tangan dengan air dan sabun. Buka topeng muka dan buangnya ke dalam tong sampah. Kemudian, cuci kembali tangan kerana kemungkinan besar bahagian luar topeng  muoka tersebut sudahpun tercemar.
  7. Tanggalkan pakaian dan pakaian yang sudah dipakai itu akan dimasukakkan terus ke dalam mesin basuh. Basuh dengan suhu air 60 darjah selsius. Setelah itu, mandi.
  8. Sembur barangan yang dibeli tadi dengan cecair pembasmi kuman terutamanya barangan yang dibalut dengan bungkusan dan beg beli-belah yang boleh digunakan semula.
  9. Sembur kunci kenderaan, tombol pintu kenderaan dan telefon pintar anda dengan cecair pembasmi kuman. Telefon pintar paling penting, kerana itulah barangan paling mudah tercemar kerana kerap disentuh.

Sekian sahaja langkah-lanngkah pencegahan yang diambil oleh saya. Ianya sebenarnya mudah sekiranya sudah banyak kali dipraktikkan.

Nasihat-nasihat lain

basmi virus china

Topeng muka: Penggunaan topeng muka bukan hanya menyelamatkan anda, tetapi juga orang disekeliling anda. Sekiranya tidak boleh mendapatkan topeng muka pakai buang, boleh beli topeng muka yang boleh digunakan banyak kali. Namun, pastikan ianya memenuhi spesifikasi dan benar-benar dapat melindungi anda.

Basuh tangan anda dan jangan sentuh mulut, hidung dan mulut.

Elakkan diri berada berdekatan dengan kawasan orang ramai berkumpul. Terhadkan aktiviti sosial anda diluar. Tiada orang yang mati kerana tidak boleh membuat aktiviti sosial selama sebulan.

Penggunaan bayaran tanpa tunai. Kebanyakan bayaran dibuat penggunakan bayaran tanpa tunai. Sekiranya terpaksa menggunakan tunai, pastikan anda bersihkan tangan anda sebaiknya.

Langkah pencegahan ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Sekiranya anda memandang remeh perkara ini dan hanya menganggapnya sebagai penyakit biasa dan  tidak mengamalkan langkah-langkah pencegahan, maka sesungguhnya anda adalah pembawa mudarat kepada masyarakat.



Hakcipta iluminasi.com (2017)