Oleh pada 15 Feb 2020 kategori

black fungsi cherrnobyl

Apabila memperkatakan mengenai bahan atau sisa radioaktif, ianya pasti menimbulkan kegerunan bagi saintis malah orang awam sekalipun. Masakan tidak, pendedahan terhadap bahan radioaktif ini walaupun dalam kuantiti yang sedikit sahaja mampu memberikan kesan jangka panjang.

Dalam sejarah, tragedi letupan kilang tenaga nuklear di Chernobyl kekal sebagai salah satu tragedi besar yang mengorbankan ramai nyawa manusia. Jumlah itu tidak termasuk lagi mereka yang terdedah kepada bahan-bahan radioaktif akibat daripada tragedi ini.

Malah, setelah puluhan tahun tragedi ini belaku, kawasan Cherbobyl masih lagi ditutup dan diisytiharkan tidak selamat. Membersihkan kawasan yang pernah terdedah dengan bahan radioaktif bukanlah mudah seumpama membasuh lantai dengan bahan pembasmi kuman.

Penemuan mengejutkan

cherbonyl

Gambar tapak nuklear Cherbonyl pada tahun 1986

Namun, baru-baru ini para saintis telah menemui sesuatu yang mengejutkan di tapak Chernobyl dan bakal membuka dimensi baru dalam dunia sains. Sekumpulan saintis telah menemui kira-kira 200 spesis dan 98 genera fungi yang mampu hidup dalam kawasan tahap radiasi tinggi ini.

Dalam erti kata lainnya, fungi-fungi ini menjadikan bahan-bahan radioaktif di Chernobyl ini sebagai "makanan" dan sumber tenaga mereka. Penemuan seperti ini pertama kali direkodkan pada tahun 1991 apabila sekumpulan saintis menemui fungi yang tumbuh pada dinding reaktor nuklear yang tidak digunakan lagi yang masih dilapisi dengan radiasi gamma.

Kagum, maka kumpulan ini memulakan kajian lanjut mengenai organisma ini dan memberikannya nama "black fungi". 3 spesis fungi ini yang dikenali sebagai Cladosporium sphaerospermum, Cryptococcus neoformans dan Wangiella dermatitidis didapati lebih cepat membiak dengan kehadiran radiasi.

Fungi ini diberi nama "black fungi" kerana kandungan melanin yang ada padanya. Daripada kajian ini, fungi yang diambil di tapak insiden nuklear ini didapati mempunyai peratusan melanin yang lebih tinggi sampel fungi daripada kawasan di luar kilang nuklear.

Peranan melanin pada fungi 

black fungi

Sampel black fungi yang dikaji di makmal

Penemuan fungi pada tapak insiden ini juga menunjukkan bahawa fungi-fungi ini sudah teradaptasi terhadap bahan radioaktif ini dan dipercayai sehingga 20% daripadanya adalah radiotrophic yang bermaksud organisma ini menjadikan persekitaran radiasi tinggi ini sebagai persekitaran semulajadinya.

Disebabkan fungi ini mengandungi melanin dalam jumlah yang tinggi, ia mampu "memakan" bahan radioaktif ini dan menukarkannya kepada tenaga kimia. Proses ini dikenali sebagai radiosinteisis.

Penemuan unik mengenai melanin ini menimbulkan satu persoalan lain sama ada kandungan melanin pada sel kulit manusia mempunyai peranan yang sama untuk menukarkan radiasi pada "makanan". Walau bagaimanapun, saintis tidak menolak kemungkinan perkara ini.

Manfaat penemuan black fungi pada manusia

fungi pemakan radioaktif

Bagi membuktikan perkara ini, saintis telah membuat kajian lanjut mengenainya. Mereka telah cuba untuk mengekstrak tenaga fungi yang diambil dari tapak nuklear ini untuk dimanfaatkan pada manusia dalam beberapa aplikasi.

Salah satu cara ini adala menguji keupayaan kulat dalam melindungi golongan yang terdedah radiasi seperti pesakit kanser dan jurutera loji kuasa nuklear. Para saintis juga berharap kulat boleh digunakan untuk membangunkan sumber tenaga biologi melalui penukaran radiasi.

fungi nasa 21

Pihak NASA juga berharap penemuan ini boleh dimanfaatkan dalam usaha eksplorasi angkasa lepas. Pada tahun 2016, SpaceX dan NASA telah menghantar satu pakej ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang mengandungi beberapa jenis kulat dari Chernobyl. Penghantaran ini membolehkan lebih daripada 250 ujian yang berbeza dijalankan oleh kru angkasawan.

Penyelidik berharap untuk meniru tindak balas ini di ruang angkasa di mana mereka merancang untuk mendedahkan kulat kepada tekanan mikrograviti dan membandingkannya dengan jenis kulat yang serupa dari Bumi.

Hasil kajian ini NASA diharapkan dapat memberi manfaat besar untuk perjalanan ke angkasa pada masa depan dan memungkinkan para angkasawaan untuk melindungi diri mereka dari jumlah radiasi kosmik yang boleh membunuh. Dijangkakan laporan daripada dapatan kajian ini akan diterbitkan pada masa hadapan.

Kredit:

  1. Popular Mechanics
  2. Vice


Hakcipta iluminasi.com (2017)