Oleh pada 15 Mar 2017 kategori

Bagi yang gemar aktiviti sukan larian, acara Larian Hari Sukan Negara 2017 (HSN21km) baru sahaja dibuka pada hari ini (15/3/2017). Acara ini adalah sempena Hari Sukan Negara yang disambut pada setiap tahun. Acara ini dijangka meriah dengan penyertaan atlit-atlit elit memandangkan hadiah wang tunai yang ditawarkan cukup lumayan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, terdapat beberapa kategori yang ditawarkan. Acara inline skate merupakan acara baru yang diperkenalkan pada tahun ini.

  1. 21km
  2. 10km
  3. 5km
  4. 5km (Inline Skate)

Selain itu, bagi menggalakkan atlit-atlit elit memecahkan rekod 21km (half-marathon) kebangsaan, bonus/insentif tambahan juga diberikan bagi mereka yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan 21km bagi kategori lelaki dan perempuan. Berikut merupakan rekod kebangsaan yang ingin dipecahkan:

  • Lelaki: 1:07:59
  • Perempuan: 1:24:44

Selain itu, bagi yang berminat untuk mendaftar, anda digalakkan mendaftar awal untuk harga early birds. Bagi yang menyertai HSN21km pada tahun 2016, terdapat diskaun tambahan juga diberikan. Tarikh mendaftar acara ini adalah seperti berikut:

  • Early Bird - 15th March –15th April 2017 
  • Normal - 16th April – 31st July 2017 
  • Late Entry - 1st August – 15th Augut 2017 
  • Loyalty - 1st March – 15th August 2017

yuran hsn21km 712

Penyertaan pada tahun ini terhad kepada 12k pelari sahaja. Memandangkan acara ini agak popular dan mendapat liputan yang luas di media, ada baiknya bagi anda yang berminat untuk mendaftar segera. Untuk mendaftar, sila ke halaman rasmi HSN21km.




Hakcipta iluminasi.com (2017)