Orang yang hidup dalam persekitaran dengan udara yang tercemar mempunyai kadar kemurungan dan bunuh diri yang lebih tinggi, menurut kajian sistematik terhadap data global.
Kajian ini mencadangkan bahawa jika kita berjaya mengurangkan tahap pencemaran udara di seluruh dunia dengan batas yang ditetapkan oleh undang-undang Kesatuan Eropah, maka kita akan dapat menghalang berjuta-juta orang menjadi tertekan.
BESARKAN TEKS A- A+
Ini sekaligus memberikan andaian bahawa pendedahan terhadap udara toksik menyebabkan kes-kes kemurungan.
Para saintis mengatakan bahawa kebarangkalian ini agak tinggi namun sukar untuk membuktikan hal ini tanpa keraguan.
Pencemaran zarah yang dianalisis dalam kajian ini dihasilkan dengan membakar bahan api fosil digunakan dalam kenderaan, rumah dan industri.
Para penyelidik berkata, bukti baru itu memperkukuhkan lagi seruan untuk menangani apa yang disebut oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai udara kotor yang menyebabkan "kecemasan kesihatan awam senyap".
Memenuhi had pencemaran udara Kesatuan Eropah boleh memberikan perbezaan besar yang besar, kata Isobel Braithwaite dari University College London (UCL) yang mengetuai penyelidikan.
Kita boleh menghalang kira-kira 15% kes kemurungan, dengan anggapan terdapat hubungan sebab dan akibat. Kesan ini akan memberikan kebaikan kepada dunia kerana kemurungan adalah penyakit yang sangat biasa dan semakin meningkat.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, terdapat lebih daripada 264 juta orang di seluruh dunia mengalami kemurungan
Zarah paling halur dari udara kotor boleh sampai ke otak melalui saluran darah dan hidung.
Pencemaran udara itu telah terlibat dalam peningkatan keradangan otak, menyebabkan kerosakan pada sel-sel saraf dan perubahan dalam pengeluaran hormon tekanan, yang telah dikaitkan dengan kesihatan mental yang lemah,
Joseph Hayes yang juga dari UCL serta sebahagian daripada pasukan penyelidikan berkata bahawa bukti kuat ini mencadangkan bahawa pencemaran udara itu sendiri meningkatkan risiko kesan mental yang buruk.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Environmental Health Perspectives, menggunakan kriteria kualiti yang ketat untuk memilih dan mengumpulkan data penyelidikan dari 16 buah negara, yang diterbitkan sehingga 2017.
Ini mendedahkan hubungan statistik yang kuat antara udara toksik dengan kemurungan dan bunuh diri.
Ini disokong oleh penyelidikan terbaru, termasuk kajian yang mengaitkan pencemaran udara dengan kematian yang sangat tinggi pada orang-orang dengan gangguan mental dan risiko kemurungan 4 kali ganda bagi remaja.
Penyelidikan lain menunjukkan bahawa pencemaran udara menyebabkan pengurangan kecerdasan yang ketara dan dikaitkan dengan penyakit demensia.
Kajian menyeluruh global pada awal tahun 2019 menyimpulkan bahawa pencemaran udara mungkin merosakkan setiap organ dan hampir setiap sel dalam tubuh manusia.
Data yang dianalisis dalam penyelidikan baru mengaitkan kemurungan dengan zarah pencemaran udara yang lebih kecil daripada 2.5 mikrometer (bersamaan dengan 0.0025 milimeter dan dikenali sebagai PM2.5).
Orang yang terdedah kepada peningkatan 10 mikrogram per meter padu (μg / m3) pada tahap PM2.5 selama setahun atau lebih mempunyai risiko 10% lebih tinggi untuk mengalamikemurungan.
(Pencemaran di India dikaitkan dengan serangan jantung)
Tahap PM2.5 di bandar-bandar berkisar dari setinggi 114μg/m3 di Delhi, India, kepada hanya 6μg / m3 di Ottawa, Kanada.
Di UK pada tahun 2017, paras purata PM2.5 ialah 13μg/m3.
Para penyelidik menganggarkan bahawa menurunkan kepada had yang disyorkan oleh WHO sebanyak 10μg/m3 dapat mengurangkan kemurungan oleh penduduk bandar sebanyak 2.5%.
Data yang ada mengenai risiko bunuh diri adalah untuk zarah sehingga 10 mikrometer (PM10).
Para penyelidik menemui kesan jangka pendek, dengan kenaikan 10μg/m3 selama tiga hari meningkatkan risiko bunuh diri sebanyak 2%.
Walaupun angka ini dilihatkan sangat kecil dengan risiko peningkatan kes kemurungan sebanyak 2.5% dan peningkatan risiko bunuh diri sebanyak 2%, para saintis berkata peningkatan ini masih boleh menyebabkan bahaya kepada ramai orang kerana lebih daripada 90% penduduk dunia hidup dengan pencemaran udara di atas tahap yang disyorkan WHO.
Hasil kajian ini menunjukkan hubungan yang sangat kuat, tetapi penyelidikan yang membuktikan hubungan sebab dan akibat adalah sukar kerana eksperimen etika tidak boleh mendedahkan orang terhadap bahaya dengan sengaja.
Kajian yang dianalisis mengambil kira banyak faktor yang boleh menjejaskan kesihatan mental, termasuk lokasi rumah, pendapatan, pendidikan, merokok, pekerjaan dan obesiti.
Tetapi mereka tidak dapat memisahkan impak potensi kebisingan, yang sering berlaku di samping pencemaran udara dan diketahui mempunyai kesan psikologi.
"Ini adalah kajian komprehensif sepanjang tempoh 40 tahun," kata Ioannis Bakolis, di King's College London, bukan sebahagian daripada pasukan penyelidikan. "Walaupun kajian ini termasuk dari pelbagai bahagian dunia, contohnya China, Amerika Syarikat, Jerman, dan bervariasi dalam saiz sampel, tetapi reka bentuk kajian dan ukuran kemurungan adalah sangat serupa," kata Ioannis Bakolis dari King’s College London.
Tetapi beliau berkata bukti kekal terhad dan lebih banyak penyelidikan diperlukan.
Khususnya, memahami kesan pengurangan pencemaran terhadap kesihatan mental akan memberi keterangan lebih lanjut mengenai manfaat tindakan seterusnya.
Kita semua perlu melakukan apa yang kita mampu untuk mengurangkan sumbangan kita sendiri terhadap pencemaran udara, sama ada dengan mengambil pendekatan berjalan atau berbasikal.
Namun, kita juga perlu memikirkan tentang perubahan sistem, yang bermakna dasar kerajaan yang membantu mengurangkan tahap pencemaran udara keseluruhan.
Para penyelidik berkata berjalan kaki, berbasikal dan lebih banyak ruang hijau bukan sahaja mengurangkan pencemaran udara tetapi juga meningkatkan kesihatan mental.
Rujukan:
1. Guardian