Oleh pada 06 May 2017 kategori

lagenda jimi hendrix dan john lennon

Selalunya, pemuzik terkenal menulis tentang apa yang mereka tahu seperti seks, dadah dan wanita. Kadang-kala mereka nukilkan dengan lebih mendalam dan mengarang lagu yang mensasarkan kebenaran tentang hidup. Dan adakalanya mereka membuatkan semua orang marah dengan menulis lagu yang provokatif. Namun, fokus artikel ini adalah berkaitan lirik yang berkait dengan kematian pemuzik itu sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Jimi Hendrix

Dua tahun sebelum beliau melancarkan album debutnya 'Are You Experienced,' Jimi Hendrix telah merakamkan lagu mitos-diri sendiri yang diberi judul 'The Ballad Of Jimi' yang bukan hanya mengangkat dirinya sebagai subjek di dalam lagu tersebut, malah ia turut meramal kematiannya.

Tempo perlahan dan irama Blues yang dirakamkan bersama artis R&B, Curtis Knight,  tidak pernah dimuatkan ke dalam mana-mana album, tetapi peminat menyedarinya apabila lagu itu menyebut "dedicated to the memory of...Jimi." Rangkap seperti "Many things he would try for he knew soon he'd die," "Now Jimi's gone,he's not alone/His memory still lives on" dan "Five years, this he said/He's not gone,he's just dead" meramalkan kematian dan legasi lagenda ini lima tahun berikutnya. Hal ini sangat aneh.

jimi hendrix reuters

2. John Lennon

John Lennon terkenal apabila bersara dari belenggu kemahsyuran dan perniagaan muzik pada 1975, berlalunya zaman kegemilangan dan lagendanya untuk menjaga anak lelakinya. Lima tahun kemudian, beliau kembali ke studio untuk menyumbangkan sejumlah lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album 'Double Fantasy'.

Lennon sangat prolifik dalam tempoh ini di mana kebanyakan lagu-lagu dibiarkan tidak lengkap. Berikutan kematian tragiknya pada 8 Disember 1980, bahan-bahan tinggalan akhirnya ditemui dalam album yang lahir selepas kematiannya. 'Borrowed Time,' diinspirasikan oleh perjalanan pelayaran yang menakutkan, mengandungi rangkap "Living on borrowed time without  a thought for tomorrow' dan dilaporkan ia adalah lagu pertama selepas Lennon kembali menyambung kariernya. Ia berakhir pada 'Milk and Honey,' di mana liriknya nampak mengerikan, dan yang menyedihkan, ia seperti telah diramal. 

images 679

3. Lynyrd Skynyrd

Terlalu banyak perkara pelik ada pada album 'Street Survivors' oleh Lynyrd Skynyrd yang membuatkan kita semua berasa hairan hanya dengan memikirkan tentang mereka. Pertama, muka hadapan album pada 1977, yang menampilkan band ini seolah-olah bibakar oleh api. Seperti tahu apa yang akan bakal berlaku tiga hari selepas album dilancarkan, pesawat dinaiki band ini terhempas, membunuh vokalis Ronnie Van Zant dan yang lain-lain. 

Dan ada disebut di dalam lagu bertajuk 'That Smell' yang terkenal di dalam album ini:"Say you'll be alright come tomorrow, but tomorrow might not be here for you," "Angel of darkness upon you," "the smell of death surrounds you." Ia mungkin telah ditulis sebagai amaran ketagihan dadah, tetapi berikutan kejadian pada 20 Oktober 1977, 'That Smell' memberikan makna yang seperti telah diramal dan menyeramkan.

lynyrd skynyrd top 10

4. Warren Zevon

16 tahun sebelum beliau mati akibat kanser paru-paru pada 2003, Warren Zevon merakamkan lagu bertajuk 'kolar biru' yang sangat berkait rapat dengan kematiannya. 'The Factory' dimuatkan dalam album kemunculan semula Zevon pada 1987,'Sentimental Hygiene', dan sejarah kisah hidup seorang yang membesar untuk menjadi pekerja kilang sama seperti ayahnya.

Setelah Zevon meluahkan isi-isi tentang semuanya yang tidak berguna,beliau akhirinya dengan kata-kata: "Kickin' asbestos in the factory/Punchin' out Chryslers in the factory/Breathin' that plastic in the factory." Zevon mati akibat 'advanced malignant mesothelomia,' di mana ia selalunya disebabkan terdedah kepada asbestos. 

Yang menghairankan,beliau tidak pernah bekerja di kilang, jadi kemungkinan untuk beliau menghidap kanser adalah sifar. Namun,entah bagaimana, sedekad dan separuh sebelum pengakhirannya, beliau telah meramal penyebab kematiannya.

zevon michael ochs archives getty images

5. Marc Bolan

Marc Bolan nampak seperti seorang bintang rock. Dan beliau selalunya menyanyi tentang apa yang kebiasaan bintang rock nyanyikan bersama band T.Rex. Beliau menginspirasikan seluruh himpunan penonton yang berpakaian bergemerlapan untuk mengikut setiap apa yang dinyanyikannya. Dan pada 1972, single 'Solid Gold Easy Action,' beliau seperti benar-benar tahu untuk meramal masa hadapan - malah memberi bayangan kematiannya sendiri lima tahun akan datang.

Lihat saja pada baris mula lirik lagu 'Solid Gold Easy Action,' "Life is the same and it always will be/Easy as picking foxes from a tree." Ternyata, nombor plat pendaftaran keretanya ketika terbunuh pada 16 Sept 1977 adalah "FOX 661L." Dan ya, ia 'membaluti' sebatang pokok - picking foxes from a tree?

marc bolan

6. 2pac Shakur

Lirik: "I been shot and murdered, can tell you how it happened" bait lirik 2pac dalam gandingannya bersama Richie Rich, Niggaz Done Changed. Lagu ini dilancarkan hanya dua bulan sebelum 2pac Shakur ditembak mati ketika memandu di Las Vegas pada 1996. Kes pembunuhannya masih belum dapat diselesaikan. 

Dari album terakhirnya, 'The Don Killuminati : The 7 Day Theory' Shakur ada menyebut nama Makaveli, merujuk kepada Ahli Falsafah Itali yang menyokong pemalsuan kematian diri sendiri, membuatkan sebahagian peminat percaya Tupac memalsukan kematiannya.

2pac turut meramal pengakhirannya di dalam satu temuramah PBS. Selepas beliau ditanya diamana beliau melihat dirinya dalam beberapa tahun yang akan datang, beliau berkata, "Yang terbaik, di dalam kubur. Jika tidak di kubur, ditaburkan dengan abu salai oleh ahli keluarganya, maksud saya itu yang terburuk.

images 554

Adakah di Malaysia ada kes seperti ini? Tidak dapat dipastikan.

Rujukan:

1. musicians predicted their deaths

2. rappers who correctly predicted their own death




Hakcipta iluminasi.com (2017)