Oleh pada 06 Sep 2017 kategori

Kesan Plastik pada Alam Sekitar

Kesan daripada aktiviti manusia dan perlindungan alam sekitar merupakan salah satu topik utama yang menjadi perbincangan di seluruh dunia selama bertahun-tahun. Salah satu isu yang iluminasi ingin kongsikan adalah mengenai perlindungan alam sekitar yang melibatkan penggunaan plastik serta cara perlupusannya. Pencemaran plastik merupakan salah satu isu globalisasi yang hangat diperkatakan dari dahulu hingga sekarang. Walaupun setiap hari plastik banyak digunakan dalam pelbagai industri dan bidang di dunia ini seperti pembungkusan makanan dan beg plastik membeli-belah yang akhirnya menyebabkan kemudaratan lebih daripada kebaikan.  

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ramai penduduk dunia yang prihatin dan bimbang tentang kesan plastik dalam industri makanan yang mampu menjejaskan kesihatan dan alam sekitar. Kebimbangan terhadap pencemaran plastik ini bukan sekadar di daratan sahaja tetapi telah berlarutan sehingga ke lautan yang memberi kesan buruk terhadap ekosistem akuatik sehingga mendapat tempias perusahaan rantaian makanan. Merujuk kepada satu laporan yang diterbitkan oleh The Guardian menyatakan bahawa kadar sisa plastik di United Kingdom berjumlah kira-kira 38.5 juta botol plastik setiap hari. Persoalannya? Dimanakah sisa-sisa ini disimpan dan apakah kesan terhadap sisa tersebut?

Sisa plastik berleluasa di lautan

beg plastik dalam lautan

Laporan selanjutnya menunjukkan bahawa sebahagian besar sisa plastik ada yang menuju ke lautan dan walaupun terdapat usaha dari sesetengah individu dan kumpulan untuk menghalang pencemaran plastik dari terus merebak, namun masalahnya tetap meningkat dan bukannya menurun. Terdapat juga sesetengah kumpulan yang mengatasi masalah pencemaran sisa plastik ketika berlakunya perubahan iklim. Kempen memelihara alam sekitar lain adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan plastik oleh setiap pengguna. Kumpulan alam sekitar juga bimbang dengan kurangnya inisiatif oleh pengeluar minuman ringan dalam pengurusan penggunaan dan pembungkusan plastik serta kesan terhadap alam sekitar.

sampel ikan yang mengandungi platik mikro

Pada zaman ini, kemungkinan plastik juga turut dihidangkan bersama menu masakan. Menurut satu sumber, perkara yang membimbangkan adalah kadar plastik yang bersaiz mikro (lebih kecil dari cip) yang berada di dalam lautan tersebut akan berakhir di dalam tubuh badan manusia. Bagaimana ia boleh berada dalam tubuh badan manusia? Terdapat laporan menunjukkan bahawa terdapat banyak plastik bersaiz mikro yang berada di dalam tubuh badan ikan. Apabila berada di dalam badan ikan, kita sebagai manusia juga berisiko akan memakan plastic tersebut juga. Pada setiap tahun , kemungkinan jumlah belasan ribu plastik mikro akan berakhir dalam tubuh badan manusia. Plastik mikro juga mengumpul zarah garam secara tidak langsung melalui produk laut.

mikro plastik yang halus

Teknologi terhadap industri laut bertambah baik dari masa ke semasa seperti pengenalan terhadap kapal-kapal elektrik mungkin bukan penyelesaian kepada masalah plastik mikro dalam makanan laut. Walaupun kapal itu sendiri mesra alam namun terdaoat produk yang dibawa oleh kapal (kebanyakannya bahan kimia dan baja) adalah tidak mesra alam sekitar.




Hakcipta iluminasi.com (2017)