Kredit foto: Instagram Aiman Tino

Penyanyi Aiman Tino mendedahkan peristiwa cemas yang berlaku sewaktu dia menjayakan rangka promosi di Indonesia.

Kata Aiman atau nama penuhnya Mohd Aiman Yusri, berlaku situasi yang menimbulkan huru-hara apabila seorang daripada peminatnya pengsan selepas melihat kelibatnya.

"Ada satu kejadian peminat pengsan kerana teruja berjumpa saya dan terpaksa ditenangkan oleh kru yang berada di lokasi.

"Mujurlah, beberapa minat kemudian peminat perempuan tersebut sedar dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Apa yang buat saya lebih terharu ialah peminat tersebut datang dari jauh semata-mata ingin berjumpa dengan saya," katanya menurut laporan portal Mstar Online.

Difahamkan, ketibaan Aiman di negara republik itu selama lima hari bertujuan mempromosikan single Ku Rela Dibenci bermula 24 Oktober lalu.

Single sulung penyanyi ini dicipta oleh A.C.K serta Riena, manakala syarikat MyMusic Records bertangungjawab mengedarkannya ke pasaran Indonesia

Dalam pada itu, Aiman berkata, ada di kalangan para peminatnya di sana yang sanggup menanti di luar konti radio sebaik menyedari kehadiran beliau.

"Ada yang naik bas semata-mata nak jumpa saya dan beritahu perjalanan mereka mengambil masa hampir empat jam.

"Mereka beritahu terlihat foto saya di laman Instagram stesen radio berkenaan dan tanpa membuang masa terus menaiki pengangkutan awam ke lokasi promosi.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat di Indonesia dan harap mereka akan terus menyokong karier nyanyian saya di sana," ucapnya.

Mengenai perkembangan terkini, penyanyi berusia 19 tahun ini sudah terbit dengan lagu terbaru berjudul Terasa Cinta, duet bersama kakaknya, Fara Hazel.

peminat pengsan jumpa aiman tino 2

Kredit foto: Instagram Aiman Tino

Dicipta oleh ACK serta Riena, video lirik lagu itu sudahpun dimuatkan di laman Youtube sejak 3 November lalu, dan sehingga kini meraih 500,000 tontonan.

Sumber berita: Mstar 




Hakcipta iluminasi.com (2017)