samantha dedah pengalaman jadi kekasih fattah amin

Kredit foto: Instagram Samantha Katie James & Instagram Fattah Amin

Aktres, Samantha Katie James akui berasa gugup berlakon di sisi Fattah Amin dalam naskhah terbaru arahan Joon Goh, filem televisyen (FTV), Wanita Terindah.

Kata peserta Miss Universe 2017 ini, dengan rendah dirinya, dia berasa bertuah dapat bergandingan dengan aktor yang kencang digosip menjalinkan hubungan istimewa dengan Fazura itu.

"Pada mulanya agak gementar juga bila digandingkan dengan Fattah sebagai kekasihnya di dalam Wanita Terindah ini.

"Cara dia berlakon sangat hebat dan santai berbanding saya yang baharu dalam industri ini.

"Pun begitu, Fattah sangat membantu dan saya seronok diberi peluang untuk berlakon dalam FTV ini," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Sementara itu, Samantha yang juga mahu mengembangkan karier lakonan di Hollywood mengakui dia kurang fasih berbahasa melayu.

"Sebenarnya saya tidak fasih berbahasa Melayu tetapi saya cabar diri saya untuk melakonkannya dengan baik," dedahnya.

Memberitahu portal Astro Gempak itu, kalau boleh, dia teringin bergiat aktif dalam lakonan meskipun masih baru dalam industri ini.

"Wanita Terindah sebenarnya filem ketiga lakonan saya selepas filem Indonesia, Kastil Tua dan sebuah filem berbahasa Mandarin untuk pasaran negara China.

"Saya suka cuba sesuatu yang baharu dan pengalaman berlakon dalam FTV ini adalah pengalaman yang baik untuk saya kembangkan lagi bakat dan nama saya," katanya lagi.

Selain Samantha dan Fattah, Wanita Terindah dijayakan pelakon Fazura, Sarah Hildebrand, Liza Othman, Adam Mika dan Ridzuan Hashim.

Wanita Terindah adalah sebuah supertelefilem, siaran menerusi Astro First Eksklusif sejak 2 November lalu.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)