pemandu bas rapidkl mengaku salah kes dadah

Kredit foto: Facebook Buletin TV3

Pemandu bas henti-henti RapidKL yang terlibat dalam insiden merempuh 7 buah kenderaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Jumaat lalu sehingga videonya tular, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan memasukkan dadah jenis Methampetamine ke dalam badan.

Tertuduh, Md Khairol Anuar Mohamad, 32, yang memakai baju T berwarna hitam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.

Namun, pihak mahkamah belum menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh disebabkan sedang menunggu laporan patologi.

Mahkamah mengizinkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Sumber:

1. Facebook Bernama News Channel [1, 2]

2. Facebook Bernama Radio [1, 2]

3. Facebook Buletin TV3

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)