Kredit foto: BH Online

Aktor dan pengarah filem Datuk Farid Kamil mengaku tidak bersalah semalam atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) ke dalam badan, pada 11 Januari lalu.

Beliau dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Dadah tersebut adalah daripada kumpulan kanabis atau ganja.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada tarikh sama dengan sebutan empat tuduhan jenayah lain yang dihadapinya iaitu 5 Mac ini.

Dengan itu, Farid menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa kepada hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.

Farid yang diikat jamin dikenakan syarat tambahan iaitu penyerahan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai. 

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)