Seorang lelaki muda dari Perancis, Guirec Soudée yang kini hanya berusia 25 tahun telah memulakan ekspedisi terulung dalam hidupnya untuk berlayar mengelilingi dunia seorang diri sejak Mei 2014. Dia menaiki perahu layar berukuran 30 kaki yang diberi nama Yvinec.

guirec monique ayam mengelilingi dunia

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, Guirec sebenarnya tidaklah bersendirian. Dia ditemani haiwan peliharaannya, Monique, iaitu seekor ayam betina yang ditemui di Canary Islands.

guirec monique ayam mengelilingi dunia 3

Sebelum memulakan ekspedisi, Guirec telah mendapatkan nasihat pakar dari Perancis kerana dia bercadang untuk menggunakan telur ayam sebagai bekalan makanan sepanjang pelayaran.

guirec monique ayam mengelilingi dunia 4

Namun, pakar memberitahu bahawa secara fisiologi, seekor ayam tidak akan dapat bertelur di atas kapal layar kerana tekanan dari persekitaran. Keputusan itu tidak menghalang Guirec daripada membawa Monique menemaninya menjelajah dunia.

Apa yang menakjubkan, pada hari pertama berlayar, Monique telahpun berjaya menghasilkan sebiji telur. Dalam masa 4 minggu sahaja, ayam itu telah menambah 25 lagi butir telur. Ini membuktikan ayam peliharaannya itu tidak mengalami sebarang tekanan atau stress.

ayam monique

Guirec dan Momo telah bersama-sama merentasi lautan Atlantik dan Alaska, meluangkan masa di kepulauan Caribbean, membeku dan berhibernasi di Greenland, mengemudi melalui Nortwest Passage yang sempit dan pelbagai lagi liku-liku semasa berlayar bersama.

guirec monique ayam mengelilingi dunia 2 445

Pada musim sejuk, kapal mereka pernah tersadai di tengah-tengah ais. Dia hanya berdoa agar ada seseorang yang menjumpai mereka. Ada masanya Guirec berasa seperti ingin berputus asa, namun apabila tiba keesokan harinya setelah matahari muncul semula, tiupan angin menjadi tenang dan Monique bertelur lagi, dia terus melupakan segala masalah.

Manusia pun ramai yang mabuk laut. Tak sangka ayam pun pandai menyesuaikan diri di atas kapal layar. Siap boleh bertelur lagi. Hebat!




Hakcipta iluminasi.com (2017)