Oleh pada 02 May 2017 kategori

cikgu

Bersempena 1 Mei semalam, iluminasi.com ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja dan terima kasih kerana berbakti kepada bangsa dan agama.

Apakah pekerjaan anda? Tak kira lah apa pun pekerjaan anda, yang pastinya anda akan melalui hari-hari yang mencabar yang memberi tekanan pada diri anda. Pekerjaan dan penambahan berat badan mempunyai kaitan yang agak rapat, kerana daripada kebanyakan daripada kita menghabiskan satu per tiga daripada hari kita dengan bekerja. Juga, tekanan kerja boleh mendorong anda menambahkan berat badan anda, tanpa anda sedar.

Satu kajian terbaru yang dikendalikan oleh Harris Interactive menemui bahawa pekerjaan yang melibatkan tahap tekanan yang tinggi dan pergerakan harian yang terhad mempunyai peratusan yang tinggi untuk menjadikan seseorang itu gemuk. Jika dikaji secara saintifik, dakwaan ini sememangnya berasas. Kerja yang melibatkan tahap tekanan yang tinggi memberikan tekanan luar biasa kepada badan, lalu menyebabkan badan anda merembeskan hormon yang dikenali sebagai kortisol.

construction workers working construction workers working tt3900267

Hormon ini akan menyebabkan anda terlebih makan, atau makan makanan yang tidak sihat. Peningkatan hormon ini dalam badan juga meningkatkan tahap insulin anda, merendahkan tahap gula dalam darah, yang menyebabkan anda teringin memakan makanan manis dan berlemak. Anda lebih cenderung untuk makan kek dan kentang goreng, daripada memakan makanan sihat seperti buahan atau salad.

Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 8 pekerjaan yang mempunyai kebarangkalian yang paling tinggi menyebabkan kegemukan, dan nyatakan pendapat anda, sama ada anda setuju atau tidak.

1. Doktor / Jururawat

doktor

Memang tidak syak lagi, kerja sebagai ahli medikal sememangnya antara kerja yang paling mencabar di muka bumi. Apa lagi yang menyedihkan adalah terdapat kes-kes bunuh diri akibat tekanan kerja. Namun bukan itu yang kita mahu bincangkan. Tekanan di hospital sememangnya tinggi, sama ada daripada pegawai atasan, pesakit, mahupun waktu bekerja yang tidak menentu. Selain daripada tekanan, waktu kerja yang lama dan tidak menentu yang menyebabkan tidur yang tidak cukup dan menentu juga menyumbang kepada penambahan berat badan, seperti yang diterangkan dalam artikel lalu : 10 tabiat harian ini menyebabkan badan anda susah untuk kurus

2. Guru

guru 964

Tidak asing lagi pekerjaan ini sering dikaitkan dengan kegemukan. Mesti anda terfikir seorang guru yang sedang duduk di mejanya bukan? Menurut kajian, guru-guru lebih terdedah untuk menambah berat badan mereka kerana banyak menghabiskan masa bekerja di meja mereka. Terdapat juga guru yang mengajar dengan hanya duduk di atas kerusi. Juga, kerja-kerja lain seorang guru seperti menyediakan rancangan pembelajaran, menanda kertas dan sebagainya mengehadkan pergerakan seharian mereka lalu menyumbang kepada kegemukan. Juga tidak terlepas daripada mengalami tekanan di tempat kerja akibat pelajar-pelajar nakal yang sukar dikawal, serta kerenah ibu bapa yang meletakkan tugar mengajar seratus-peratus di bahu guru-guru.

3. Peguam

peguam

Jika anda seorang peguam, pasti anda setuju yang kerja anda sememangnya memberikan tekanan pada diri anda. Seorang peguam perlu menyelidik dengan lebih mendalam tentang sesuatu kes, dan menyemak kembali semua undang-undang yang terlibat, serta mencari cara untuk memenangi sesuatu kes. Bukan satu tugas yang mudah. Ia membuatkan mereka tertekan dan cenderung untuk makan berlebihan. T

4. Agen pelancongan

agen pelancongan

Mereka yang bekerja sebagai agen pelancongan adalah mereka yang perlu memuashatikan semua pihak. Sama ada bos mereka atau pelanggan. Mereka perlu merancang dan mengaturkan segala butiran perjalanan. Kerja-kerja ini sangat memberi tekanan kerana banyak butiran yang perlu dikaji dan disemak. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu mencapai sasaran jualan, jika tidak, akan ada bebelan daripada bos. Akhir sekali, sememangnya kerja sebegini memerlukan mereka duduk di depan komputer untuk jangka masa yang panjang.

5. Arkitek, Pereka, Pelukis

arkitek

Kerja-kerja ini amatlah fleksibel dan bebas. Mereka selalunya mempunyai jangkamasa untuk menyiapkan kerja-kerja mereka. Dan kerja seperti ini bergantung kepada kreativiti dan insipirasi. Mereka tidak terikat kepada jaduah, sama juga seperti pemakanan mereka. Mereka makan apa yang mereka suka, dan boleh dikatakan 90% daripada waktu kerja mereka dihabiskan dengan bekerja secara duduk.

6. Pembantu tadbir

pembantu tadbir

Kerja yang tidak banyak melibatkan pergerakkan, hanya berada di depan komputer setiap masa. Kerja ini dikaitkan dengan tekanan yang tinggi serta kebimbangan seharian. Ia juga menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak masa yang menyebabkan mereka terpaksa makan ketika membuat kerja, iaitu di hadapan komputer.

7. Saintis

saintis

Pekerjaan yang memerlukan intelektual biasanya berkait rapat dengan sesuatu yang tidak banyak bergerak, kerana mereka lebih banyak menggunakan otak. Disebabkan saintis-saintis bersungguh-sungguh mempelajari dan membuat penemuan baru, pekerjaan ini selalunya membuatkan mereka untuk mengabaikan pemakanan yang sihat. Tiada masa untuk memikirkan tentang pemakanan kerana sibuk bekerja. Seperti contoh, di NASA, mereka menggalakkan saintis-saintis bersenam ketika waktu bekerja dan menganjurkan program kurangkan berat badan.

8. Ahli IT

pakar it

Bidang informasi teknologi adalah gabungan bidang saintifik dan kreativiti. Dan sudah pasti anda tahu pekerjaan ini memerlukan mereka bekerja setiap masa di depan komputer, secara duduk, dan mengalami tekanan yang tinggi. Pekerjaan ini sememangnya memerlukan kesabaran kerana mereka akan bekerja sehingga lewat malam, dan kemungkinan berhari-hari tanpa henti. Ia menyebabkan mereka cenderung untuk makan tidak tentu masa dan makanan yang tidak sihat.

9. Pegawai pemasaran dan perhubungan awam

pegawai perhubungan awam 936

Bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini, mereka tidak mempunyai jadual yang tetap. Mereka juga tidak mempunyai rutin untuk diikuti, dan juga tidak ada tarikh akhir untuk sesuatu pekerjaan. Namun, mereka perlu menghadiri majlis-majlis yang diadakan, dan kebanyakan daripada majlis-majlis ini menhidangkan makanan yang manis dan berlemak. Sebab itulah bidang ini termasuk dalam senarai pekerjaan yang menggemukkan.

Namun, apa sekalipun pekerjaan anda, ia bukan lah penentu kepada bentuk badan anda. Apa yang penting sekali adalah gaya hidup anda serta pemakanan yang sihat. Jika anda mempunyai gaya hidup yang sihat, tiada pekerjaan yang dapat menggemukkan anda.

Jadi, adakah pekerjaan anda tersenarai dalam senarai ini? Dan apa pendapat anda, adakah anda bersetuju, atau tidak? 

Sumber : 

Huffington Post

Web MD


tags : , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)