sisi gelap dunia korporat memaksa saya berhenti daripada dunia pekerjaan

Dulu saya bekerja sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) di sebuah syarikat kimia. Namun saya malu untuk menceritakan perkara yang saya lakukan ketika berada dalam dunia korporat.

Apabila kami ingin memecat pekerja, apa yang sepatutnya adalah kami menawarkan pampasan, tetapi sebaliknya kami menyusahkan hidup mereka.

Kami malukan mereka di dalam mesyuarat, kami beritahu bahawa prestasi mereka teruk, kami membuat penstrukturan semula organisasi dan menurunkan pangkat senior mereka dan kami jadikan pekerja junior sebagai majikan-majikan mereka.

Akhirnya, pekerja yang paling kuat pun tak tahan dan akan tinggalkan syarikat dengan sendirinya.

sisi gelap dunia korporat memaksa saya berhenti daripada dunia pekerjaan 4

Ini apa yang diajarkan kepada saya dalam dunia korporat, dan inilah apa yang saya lakukan. Namun anda tak sedar ia akhirnya akan kembali kepada anda.

Lebih malang, syarikat ini tak pernah kekurangan pekerja yang sukarela untuk melakukan kerja "kotor" dalam merendah-rendahkan rakan sekerja masing-masing, tanpa menyedari bahawa satu hari nanti mereka juga mungkin akan mengalami nasib yang sama.

Jika anda seorang pengurus peringkat pertengahan, anda tak ada masalah kerana anda beroperasi seperti biasa. Namun sebaik sahaja anda sampai ke pangkat pengurus kanan, ketika itulah persekitaran politik akan bermula.

Orang-orang akan mula cemburu dengan anda, "tikam belakang" anda dan sanggup lakukan apa saja untuk singkirkan anda. Ini adalah sisi gelap dalam budaya korporat dan malangnya ia adalah sisi gelap dalam diri manusia juga.

"Mengapa awak berhenti dari dunia korporat?"

sisi gelap dunia korporat memaksa saya berhenti daripada dunia pekerjaan 2

Pada satu malam saya menyingkap album gambar keluarga saya, melihat gambar-gambar anak-anak dan isteri tercinta saya. Ketika itu, saya menyedari bahawa 20 tahun telah berlalu dalam keadaan tidak sedar.

Saya hampir tak dapat ingat detik-detik anak-anak saya membesar dan isteri saya telah semakin berusia. Ia seolah-olah saya baru terjaga dari koma dan hilang ingatan.

Saya tersangat menyesal dan ketika itulah saya memutuskan untuk mengubah hidup saya dengan melakukan perkara yang sepatutnya.

Saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang kedua dalam hidup saya, dan ini adalah peluang kedua saya.

Kini, saya memiliki perniagaan sendiri yang bersaiz sederhana. Pada hujung minggu, saya juga berniaga di pasar pagi untuk menjual barangan yang tidak diperlukan dan telah melakukannya untuk tempoh 2 tahun.

Dengan ini, saya sebenarnya dapat menyimpan lebih banyak wang, berbanding ketika saya dalam dunia korporat kerana saya juga mempelajari cara menguruskan kewangan saya dengan lebih berhemat dan menyedari wang dibazirkan terhadap kehidupan mewah yang tidak sepatutnya.

sisi gelap dunia korporat memaksa saya berhenti daripada dunia pekerjaan 3

Sebagai contoh, saya sangkakan saya tak mampu hidup tanpa Astro kerana saya menonton bola sepak Liga Perdana Inggeris setiap hujung minggu.

Dan apabila saya tidak lagi melanggan Astro untuk menjimatkan wang, saya sedar bahawa saya tidak begitu berasa kehilangan atau rindukannya.

Jadi, kini saya menjual barangan yang tidak diperlukan yang mana sangat jarang digunakan, kadang-kadang hanya sekali atau dua kali sahaja. Saya mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki dan 2 perempuan.

2 daripadanya di universiti dan seorang lagi baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia. Sebaik sahaja anak bongsu saya juga mengikuti langkah ke menara gading, saya dan isteri akan berpindah ke apartment yang lebih kecil.

Sebaik sahaja anda membuang apa yang tak perlu dalam hidup anda, anda mampu untuk memberikan perhatian terhadap perkara yang benar-benar penting.

Ketika berada dalam dunia korporat, saya perlu melaporkan diri kepada lembaga pengarah dan mempunyai hampir 10 orang majikan. Tetapi sekarang saya hanya mempunyai seorang boss, iaitu isteri saya! 

Inilah kehidupan saya sekarang, ia lebih ringkas, namun saya semakin gembira!

Kredit sepenuh kepada : 

Penulis : Amalina Davis

Editor :  Mushamir Mustafa

Facebook Humans of Kuala Lumpur


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)