Mengikut sejarah, burung merpati merupakan antara haiwan yang paling banyak digunakan semasa zaman peperangan. Sebelum kemunculan teknologi komunikasi, burung merpati telah dilatih dan digunakan sebagai ejen penghantar mesej.

Walaupun melatih seekor burung merpati bukanlah tugasan yang mudah, ianya merupakan pilihan terbaik pada masa dahulu kerana kepantasannya. Mungkin ramai yang tidak tahu, selain itu burung merpati juga pernah digunakan sebagai pengintip bagi mengetahui kedudukan musuh ketika zaman perang dahulu.

Idea pemasangan kamera pada burung

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada awal 1900-an, sebuah kamera kecil telah dipasang pada badan burung merpati yang bertujuan untuk mengenalpasti perjalanan atau laluan burung ini terbang sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Julius Neurobonner adalah orang pertama yang mencetuskan idea ini.

Pada ketika itu, teknologi tanpa wayar (wireless) masih belum wujud. Oleh itu, kamera tersebut telah ditetapkan dengan sela masa tertentu untuk mengambil gambar secara automatik.

Pada tahun 1908, Julius telah mendapat ilham untuk menjana wang daripada ideanya untuk mengikat kamera pada burung merpati itu. Beliau telah memanggil sekumpulan wartawan untuk menyaksikan kedatangan seekor burung yang diikat dengan kamera.

Gambar yang telah diambil daripada kamera tersebut kemudiannya dicetak dan dipaparkan kepada para wartawan bagi membuktikan gambar-gambar tersebut sememangnya diambil menggunakan kamera yang dipasang pada burung merpati. Gambar-gambar diambil itu kemudiannya dicetak sebagai sebuah poskad dan dijual.

Tugasan sebagai ejen pengintip

burung merpati ejen pengintip

Kerana kebolehan menggunakan burung merpati untuk mengambil gambar daripada udara ini, semasa Perang Dunia Pertama askar Jerman telah menggunakan burung merpati sebagai ejen pengintip bagi mengetahui kedudukan musuh dan susun atur pangkalan musuh.

Selain itu, burung merpati yang terbang jauh lebih rendah daripada kapal terbang dan jet pejuang tentera membolehkan gambar lebih jelas. Selain itu, burung yang dipasang kamera ini juga biasanya sukar dikesan oleh pihak musuh.

gambar yang diambil burung merpati 266

Walau bagaimanapun, penggunaan burung merpati untuk tujuan mengambil gambar ini juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Kerana gambar ini akan diambil secara automatik berdasarkan sela masa yang ditetapakan, maka terdapat kemungkinan burung ini akan terlepas mengambil gambar lokasi-lokasi yang penting.

Selain itu, kerana kamera ini diikat dan dipasang pada burung, maka adalah mustahil untuk mengawal orientasi dan kedudukan gambar yang diambil. Pelbagai faktor lain seperti cuaca juga boleh menyebabkan gambar yang diambil kurang jelas.

Kemunculan teknologi drone

drone milik kerajaan

Dengan perkembangan teknologi baru seperti satelit dan drone, maka burung merpati tidak lagi digunakan sebagai pengintip. Banyak kajian kini yang terarah kepada penggunaan drone kerana ianya boleh dikawal dari jarak jauh dan boleh dilengkapi dengan senjata dan teknologi lain.

Maka, tidak hairanlah setiap negara mempunyai undang-undang yang ketat mengenai penggunaan drone. Malah, drone sama sekali haram untuk diterbangkan di kawasan-kawasan yang sensitif seperti kem tentera dan pusat pentadbiran kerajaan.

Kredit:

  1. NY Daily News
  2. La Boite Verte
  3. Scientific American 



Hakcipta iluminasi.com (2017)