Oleh pada 08 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

   

Kononnya berpenampilan selekeh kerana kecewa dengan kisah cinta lama, Sufian Suhaimi membidas dakwaan seorang netizen di laman sosial, baru-baru ini.

Sufian, 27, dalam komen balas tersebut, menegaskan, imejnya yang tidak terurus rentetan baru sahaja selesai menjalani aktiviti menyelam laut.

Dia turut berkata, dia mampu mencari teman wanita baharu pada bila-bila masa yang diinginkan, namun belum waktunya untuk memikirkan soal jodoh.

Komen balas itu bagaimanapun sudah dipadam Sufian dek kerana beberapa netizen lain turut bertindak menyerang individu terbabit dengan kata-kata yang agak kasar.

Kepada portal Kosmo, penyanyi lagu Di Matamu ini menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan isu yang tercetus di akaun Instagramnya itu.

    

instagram sufian suhaimi

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

   

"Sebenarnya, benda itu tidak patut diungkit pun. Sudah lama sangat cerita itu. Orang itu pun sudah nak ada anak.

"Kalau dia ingin cakap pasal penampilan atau suruh saya gembira, saya okey. Tapi kalau kaitkan seolah-olah imej 'selekeh' membuatkan orang lain rasa bersalah, itu yang saya terpanggil untuk balas komen mak cik tersebut supaya tiada lagi orang ungkit tentang hal seperti itu," kata Sufian.

Beliau membuat kenyataan sewaktu menghadiri acara Karisma Jelajah Suria yang berlangsung di Central i-City, Shah Alam, semalam.

Mengenai punca dia menghapuskan komen individu tidak bertanggungjawab itu, ini penjelasannya:

"Banyak bahasa kasar yang dilontarkan terutama yang datang daripada generasi muda dan sudah menyimpang jauh.  

"Saya rasa perkara itu biadap berlaku dalam laman sosial saya dan saya tidak suka perkara negatif".

Terdahulu, Sufian dan Elfira Loy menjadi bualan hangat netizen kerana memutuskan tali pertunangan pada Februari tahun lalu

    

Sumber berita: 'Tak patut diungkit, orang itu pun sudah nak ada anak' - Sufian Suhami

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)