Beli ubat "homeopati" harga beribu, akhirnya meninggal dunia juga. Berlaku satu kejadian baru-baru ini dimana wanita berumur 60-an telah berbalah dengan ahli keluarganya. Oleh sebab perbalahan itu, beliau tak fikir panjang terus capai satu botol cecair dan meneguk cecair itu dan tidak diketahui jumlah yang diteguk.

Dan apa yang mengejutkan, cecair itu mengandungi PARAQUAT!

BESARKAN TEKS     A-  A+

Paraquat adalah sejenis racun yang memakan diri secara perlahana-lahan dalam masa beberapi hari. Biasanya digunakan dalam racun herbisid untuk bunuh tanaman yang tak diingini macam lalang atau rumput.

Kalau makcik ini minum dalam jumlah sedikit dan datang ke hospital dengan segera, mungkin ada harapan nak selamat, tapi kalau teguk macam pesakit ini, memang sudah terlambat. Semua organ penting dalamannya rosak, termasuk hati, paru-paru, dan buah pinggang.

paraquat

Tapi sebenarnya yang nak diceritakan, ada "Pakar Homeopati" yang ambil kesempatan, kononnya ada 3 cawangan di seluruh semenanjung. Semasa pesakit berada di wad, keluarga pesakit tergesa-gesa membli "ubat" yang berharga beribu-ribu ringgit, dan kemudiannya bawa surat ini dan diberi kepada doktor di hospital.

surat dari doktor homeopati

Macam inilah, saya nak beritahu,

1. Mana-mana pengamal Homeopati TIDAK boleh atau layak memanggil diri mereke Dr, kecuali jika ada PhD. Cuba lihat pada cop beliau, tiada pun PhD. Kalau setakat diploma tak usah cerita. Yang katanya "Pakar" tu, sebenarnya tak wujud istilah itu untuk diguna di Malaysia sekarang. Tak ada definisi "Pakar perubatan homeopati" di Malaysia sekarang ini, jangan syok sendiri.

2. Langsung TAK ADA kajian yang rawatan homeopati yang terbukti boleh merawat keracunan Paraquat. Jika berlaku kes-kes begini, perlu di rawat di hospital. Jika kami dapat surat macam ni yang kata nak "bekerjasama", maaf, kami tak boleh nak ikut. Kami tak kenal dan tahu siapa manusia pakar ini dan kami tak akan ikut kerana kami ada etika perubatan.

3. Perubatan homeopati ini adalah perubatan tradisional dan komplementari. Kami pengamal perubatan yang patut merujuk dan tanda-tandanya adalah terhad, bukan untuk segala bagai penyakit kronik.

4. Sementara Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 sedang perlahan-lahan diselaraskan di seluruh negara, saya sangat berharap masyarakat kita tak mudah terpedaya dengan mereka yang hanya nak buat duit saja. Mereka tak kisah pun pasal anda!

Dari masa ke semasa, mohon baca web KKM : KLIK SINI  dan boleh dibuka di komputer saja rasanya. Ini betul informasi terkini tentang akta, undang-undang dan tidak lama lagi akan dijalankan penguatkuasaan.

Dan ya, tiada lagi harapan untuk hidup bagi pesakit ini. Tapi itu tak memberi hak pada anda untuk MENIPU duit mereka ribuan ringgit. 

Dan kami rasa, keluarga pesakit memberi juga ubat itu tanpa pengetahuan kami, dan seperti yang dijangka, pesakit meninggal dunia selepas 5 hari berada di wad.

Kalau gaduh dengan famili, minum je air berkarbonat bergas yang sangat tinggi kalori dan gula. Itu pun bahaya, boleh kena kencing manis, tapi masih boleh dirawat.

Lagi satu, buang cecair di rumah yang mengandungi paraquat. 

Rafidah Abdullah

Pakar Perubatan & Buah Pinggang




Hakcipta iluminasi.com (2017)