Oleh pada 27 Jan 2018 kategori

Sumber foto: The Sun UK Edition

Saddam Hussein yang memerintah Iraq sepanjang tempoh 24 tahun telah dihukum digantung pada tahun 2006. Tetapi, beliau masih mempunyai sebuah novel romantik hasil tulisannya sendiri sebagai legasi.

Novel berjudul 'Zabiha And The King' tersebut bakal dijual di laman web terkenal, Amazon menjelang Hari Valentine pada 14 Februari akan datang.

Susah untuk diyakini hakikat bahawa Saddam merupakan penulis buku genre romantik itu, memandangkan beliau disifatkan sebagai diktator yang zalim oleh masyarakat dunia khususnya Amerika Syarikat.

Ceritanya berkisar tentang seorang wanita kampung, Zabiba yang menjadi wakil masyarakat daif. Novel itu juga mengangkat kisah cintanya sebagai kisah romantik berserta plot penulisan sekitar jangka masa 1,000 tahun lepas.

Namun, Agensi Perisikan Pusat (CIA) sukar meyakini yang novel itu ditulis oleh Saddam dan menganggap ia barangkali hasil karya penulis hantu.

Saddam telah diberkas pada 13 Disember 2003. Sementara itu, dua anak lelakinya, Uday dan Quassat, meninggal dunia akibat serangan oleh tentera penceroboh di Iraq.

Hukuman gantung terhadap Saddam dilaksanakan 56 hari setelah beliau disabitkan oleh Tribunal Tinggi Iraq pada tahun 2006, atas kesalahan terbabit dalam pembunuhan 148 penghuni sebuah perkampungan Syiah, Dujail pada tahun 1982.

Saddam berhasil membentuk Iraq sebagai sebuah negara Arab moden. Namun, ekonominya merosot disebabkan oleh perang dengan Iran sepanjang masa 8 tahun.

Sumber berita: Mynewshub




Hakcipta iluminasi.com (2017)