tunai janji pru13 nurul izzah bakal bawa radiohead ke malaysia

Kredit foto: Facebook Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyatakan kesediaan untuk menunaikan janjinya bagi membawa kumpulan rock terkenal dari England, Radiohead ke Malaysia.

"Jika kami (PKR) berjaya menakluk Putrajaya, saya akan bawa Radiohead ke Malaysia," ujar Nurul Izzah menerusi majalah Esquire keluaran Mei 2013.

Walaupun janji tersebut dibuat oleh beliau pada PRU13, namun peminat kumpulan itu menuntut supaya ianya dikotakan.

"Sudah pasti. Janji tetap janji. Sekarang pergi kerja!", tulisnya menerusi sebuah kiriman tweet baru-baru ini.

tunai janji pru13 nurul izzah bakal bawa radiohead ke malaysia 1

Kredit foto: Facebook Nurul Izzah Anwar

Semalam, penganjur Rockaway Festival, The Livescape Group telah memuat naik sebuah surat terbuka di Facebook yang ditujukan kepada Nurul Izzah untuk membantu merealisasikan hasratnya itu.

"Kiriman tweet anda untuk membawa Radiohead ke Malaysia meraih ribuan retweet, komen dan like. Ini menunjukkan bahawa peminat muzik tanah air bersetuju dengan visi anda dan mahu ianya menjadi suatu realiti," tulis mereka.

Sumber:

1. Facebook Astro Gempak

2. Facebook Berita Mediacorp

3. Twitter Nurul Izzah

4. Facebook Tg Alep

5. Facebook Malaysiakini

6. Facebook Rockaway Festival

Penafian: Semua maklumat berita adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)