Oleh pada 14 Mar 2017 kategori

Masih ingatkah anda kepada ikon lagenda sepanjang zaman iaitu Nokia 3310 ataupon lebih dikenali sebagai 'tiga tiga sekupang'? . Sedar tak sedar handphone ini telah wujud pada tahun 2000 dan sudah 17 tahun usianya. Pada zaman itu  harga handphone ini dalam ratusan ringgit, sama juga seperti kad sim yang juga mencecah ratusan ringgit. 'Topup' paling lekeh RM30 masa tu, sekarang RM5 pon dah boleh 'topup'. Kalau guna handphone ni mesti call cakap 3 saat terus letak sebab kredit tak potong. Selalunya buat macam itu sebab nak tahu lokasi kat mana port lepak, padahal boleh je hantar pesanan ringkas. Bateri pon tahan lama, jika kita cas penuh hari ini, dua tiga hari lagi pon bateri belum tentu habis. Kalau smartphone sekarang sekejap sahaja bateri tahan, dah kena 'standby powerbank'.

Itu kisah lama yang menjadi nostalgia kita semua, sekarang Nokia 3310 sudah kembali dengan wajah yang baru tetapi masih mengekalkan ciri ciri lama.Jom kita lihat apa perbezaan antara Nokia 3310 versi lama dan versi terkini. Sebelum kita lihat perbezaan , mari kita lihat wajah sebenar Nokia 3310 yang baru.

nokia 3310 baru

Perbezaan antara Nokia 3310 lama dan baru.

new nokia 3310

1. Paparan skrin yang sudah berbeza, dahulu skrin 84 x 84 pixel paparan hitam dan putih, manakala Nokia 3310 baru mempunyai paparan yang lebih luas iaitu 2.4 inchi skrin berwarna dengan 'polarized layer' yang dapat mengomptimumkan pengunaan ketika cahaya matahari terang di luar.

2. Nokia 3310 baru menggunakan sistem S30+ yang jauh lebih hebat daripada yang lama.

3. Game Snake masih wujud dalam model baru, tetapi game snake yang terbaru ini telah di tambah baik dan dibangunkan oleh syarikat gameloft. Dulu kalau main snake sampai ular penuh skrin, sekarang boleh tengok la tahap kesusahan bermainnya pada model baru.

ular

4. Rekabentuk model baru masih diberi ciri ciri rekabentuk yang seakan model lama. Rekabentuk model kini lebih ringan dan nipis serta didatangkan dalam pelbagai warna yang menarik seperti merah,kelabu,kuning dan biru

5. Nokia 3310 yang baru dilengkapi dengan kamera 2MP, slot kad microSD, pemain  muzik dan pelayar web Opera yang mengikut keadaan semasa.

6. Jangkamasa bateri Nokia 3310 baru adalah 10 kali lebih tinggi daripada yang asal. 1200mAh bateri dapat memberi 22 jam masa bual dan 30 hari dalam mod 'standby'

7. Nokia 3310 pada zaman dahulu lebih mahal berbanding keluaran yang baru ini.

Wah, boleh cari sebiji untuk mengembalikan memori bersama kawan-kawan silam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)