Oleh pada 27 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Kebelakangan ini, susuk tubuh aktor Fattah Amin terlihat semakin 'sado'.

Suami kepada aktres Fazura itu baru-baru ini ada memuat naik video di gimnasium, memperlihatkan dirinya kembali aktif dalam aktiviti kecergasan.

Menerusi sebuah entri terbaharu di Instagram, pelakon Hero Seorang Cinderella ini dipuji para pengikutnya kerana bentuk badan yang tampak semakin kekar.

Fattah berkongsi foto dirinya sedang berdiri menampakkan lengan dengan kapsyen berbunyi, “Gaya melihat isteri saya dari kejauhan".

netizen terkejut lihat perubahan badan fattah amin makin sado 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Sehubungan itu, pengikut laman sosial beliau mula menanyakan tips untuk mendapatkan tubuh berotot sedemikian.

Ada juga yang mengusik penyanyi lagu Wanita Terakhir ini dengan mengatakan beliau akan lebih disayangi isterinya kerana susuk tubuh baharu itu.

"Makin sado pula abang Fattah Amin ni. Nanti pos gambar pergi gim pula dan beri tips.

"Ramai betul yang tertarik pada biceps Fattah.

"Dah sado balik dah. Nampak menarik dan lebih baik. Makin sayang lah isteri dia.

"Badan sado nanti boleh sama dengan Shahezy Sam," komen beberapa netizen. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)