Ibarat filem Source Code lakonan Jake Gyllenhaal, inilah idea yang cuba dibawa oleh sebuah syarikat dari Sillicon Valley. Manusia dalam bentuk digital. Selain itu, anda juga boleh menonton filem "Transcendence" lakonan Johny Depp. Adakah idea ini suatu yang mustahil? Apakah ia suatu yang bermoral untuk dilakukan? Apa pendapat anda?

Misi Sebenar Nectome

BESARKAN TEKS     A-  A+

Misi sebenar Nectome adalah untuk memelihara otak anda sebaik mungkin agar ia masih mampu menyimpan segala memori hidup anda dari kecil hinggalah dewasa, dari buku kegemaran kepada perasaan angin sejuk, pengalaman membakar pai epal, mahupun makan malam bersama kawan-kawan dan keluarga. Mereka percaya bahawa dalam dunia berteknologi masa kini adalah mustahil untuk menjadikan maklumat ini dalam bentuk digital, dan menggunakan ia bagi membangunkan semula 'diri' anda.  

Bantuan Bunuh Diri Menggunakan Bahan Kimia

bantuan bunuh diri menggunakan bahan kimia

Nectome adalah sebuah syarikat yang 'memelihara' dan 'memuatnaik' otak. Bahan kimia hasil ciptaan mereka mampu memelihara badan manusia untuk lebih ratusan, mungkin ribuan tahun melalui proses pembekuan. Idea syarikat berkenaan adalah suatu hari nanti saintis masa depan akan mengimbas otak anda yang beku dan menjadikan ia sebagai simulasi komputer. Dengan cara ini, seseorang seperti anda, mungkin bukan diri anda sepenuhnya, berupaya dihidupkan dalam bentuk data server di suatu tempat pada masa hadapan. 

Prosedur Nectome memerlukan otak yang segar. Syarikat ini mempunyai pelan untuk menyambungkan mereka yang mempunyai penyakit yang serius dengan mesin jantung dan paru-paru bagi mengepam campuran saintifik bahan kimia ke dalam  arteri karotid (saluran darah) di leher mereka ketika mereka masih hidup (dengan bantuan ubat kebas).

Tindakan Ini Sah Dari Segi Undang-Undang Amerika Syarikat

nectome sah dari segi undang undang amerika syarikat

Tindakan ini adalah bantuan membunuh diri, dan ianya mungkin sah dari segi undang-undang untuk syarikat ini melakukan pembunuhan atas nama transhumanist (falsafah bahawa penggunaan sains dan teknologi untuk memperbaiki had dan keadaan manusia). 

Syarikat tersebut telah bertemu dengan peguam, dan peguam berkenaan meyakinkan mereka bahawa servis ini akan menjadi sah dari segi undang-undang kelak. Produk mereka adalah '100 peratus membawa maut' dan mereka adalah antara syarikat unik dalam kalangan syarikat Y Combinator (syarikat pelabur). 

Senarai Menunggu Bagi Mendapatkan Servis Nectome

ramai yang ingin dapatkan servis nectome

Mungkin ia kedengaran seperti idea gila, namun idea memuatnaik kesedaran manusia ke dalam komputer mendapat sambutan dalam kalangan ahli teknologi dan para saintis. 

Terdapat segolongan daripada mereka ini yang membayar Nectome agar nama mereka diletakkan dalam senarai menunggu servis syarikat berkenaan. Buat masa ini, servis Nectome masih dalam pelan perancangan dan mungkin mengambil masa beberapa tahun lagi untuk dijalankan. Malah, tiada kajian mahupun bukti klinikal bahawa ingatan manusia tersimpan di dalam tisu mati.

Namun, syarikat berkenaan menemui cara untuk menguji pasaran. Mengikut cara syarikat kereta elektrik Tesla, Nectome meningkatkan permintaan dengan menjemput bakal pelanggan untuk bersama menyertai senarai menunggu dengan bayaran deposit sebanyak $USD10,000, dikembalikan sepenuhnya sekiranya bertukar fikiran. 

nectome teknologi pembekuan otak untuk dihidupkan semula dalam bentuk digital

Buat masa ini, terdapat 25 orang di dalam senarai tersebut. Salah seorang daripadanya adalah Sam Altman, seorang pelabur berusia 32 tahun yang merupakan pengasas program Y Combinator. Sam memberitahu MIT Technology Review beliau yakin bahawa minda manusia akan dijadikan dalam bentuk digital ketika beliau masih hidup. Beliau menggangap bahawa otaknya akan dimuatnaik ke dalam cloud (ruang simpanan dalam talian). 

Menurut seorang ahli futurologi, Dr. Ian Pearson, dalam masa 50 tahun akan datang, kita bakal memindahkan otak kita ke dalam cloud. Dengan cara ini, anda mampu untuk menggunakan robot yang anda suka untuk hidup semula di dunia nyata. 

Kesimpulan

dunia hanya sementara akan ada pengakhirannya

Hidup di dunia hanya sementara. Yang pergi tidak akan kembali. Apapun perancangan manusia untuk terus kekal hidup selamanya, rancangan Tuhan lebih hebat. 

Sumber: 

  1. nationalreview.com
  2. nypost.com
  3. nextbigfuture.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)