menderita ketumbuhan di leher nassier wahab dibedah 1

Kredit foto: Instagram Nassier Wahab

Selepas dua bulan menderita, akhirnya penyanyi, Datuk Nassier Wahab, 55, menjalani pembedahan di sebuah hospital di ibu kota.

Penyanyi berusia 55 tahun itu menjalani pembedahan untuk membuang kelenjar dan ketumbuhan di leher kirinya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Nassier meluahkan rasa syukur kerana pembedahan berjalan dengan lancar, serta kelenjar dan ketumbuhannya selamat dibuang.

Pelantun lagu Memori Cinta Luka ini berkongsi perkhabaran itu menerusi akaun Instaram peribadinya, semalam.

menderita ketumbuhan di leher nassier wahab dibedah 2

Kredit foto: Instagram Nassier Wahab

"Syukur pembedahan semuanya berjalan lancar dan selamat di bawah pengawasan doktor pakar. Tinggal untuk berehat sahaja dan kembali aktif meneruskan kehidupan.

“Saya menahan sakit lebih kurang dua bulan selepas menjalani pembedahan gigi. Mungkin kuman atau implikasi daripada pembedahan yang terbentuk menjadi kelenjar dan ketumbuhan," tulisnya dalam entri itu.

Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi berpengalaman ini akan keluar hosipital dalam beberapa hari lagi.

“Dalam tiga hari lagi saya dibenarkan keluar hospital,” katanya.

Menurut nasihat doktor, Nassier perlu mendapatkan rehat secukupnya selama seminggu dan akan bergiat semula dalam bidang seni selepas mendapat kebenaran.


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)