Pertambahan jumlah blog dan website menjadikan persaingan antara tabloid-tabloid utama untuk menarik pembaca ke website mereka menjadi sengit. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa bekerja lebih keras untuk memastikan pelayar internet sentiasa melayari laman web mereka.

Antara strategi biasa yang digunakan website-website ini adalah mengemaskini website mereka secara kerap dengan berita-berita terbaru dan aktif mengemaskini halaman rasmi website seperti Facebook page, Twitter dan Instagram. Namun begitu, ada juga laman web yang begitu terdesak menarik pengunjung ke laman web mereka dengan menggunakan tajuk artikel yang jelas tidak sama dengan apa yang ditulis pada artikel tersebut.

Menggunakan tajuk artikel yang berbaur kontroversi merupakan umpan (clickbait) yang sering digunakan memandangkan sebahagian pengguna media sosial tidak membaca keseluruhan isi kandungan artikel sebaliknya terus membuat kesimpulan ringkas berdasarkan tajuk artikel. Inilah taktik kotok laman Malaysia Kini yang menulis tajuk yang menyimpang dari maksud sebenar pendapat Mufti WIlayah Persekutuan mengenai isu khalwat dalam perkhidmatan teksi, Uberdan Grabcar.

malaysia kini

Tajuk ringkas Malaysia Kini yang bertajuk "Pejabat Mufti: Jangan khalwat dalam teksi, Uber dan GrabCar" jelas tidak tepat dengan apa yang diperkatakan oleh Mufti WP. Oleh itu, pihak pejabat Mufti telah bertindak memberi penjelasan dan mengkritik apa yang ditulis oleh pihak Malaysia Kini.

1. Tajuk yang diberikan oleh dua akhbar ini jelas bercanggah dengan kesimpulan yang kami nyatakan.

2. Jika hanya melihat tajuk tanpa membaca kandungan, pembaca jelas akan menafsirkan bahawa Mufti melarang perbuatan khalwat dalam teksi, Uber, serta GrabCar. Ia juga memberi sentimen negatif kepada institusi fatwa yang sering dikaitkan dengan hal-hal yang negatif walaupun ia adalah sebaliknya. Tanpa menafikan saranan berkenaan, kami berpandangan sekiranya pihak Malaysiakini jujur dalam memberi laporan, sewajarnya kesimpulan akhir kami yang mengharuskannya berserta dhawabit yang telah kami sebutkan, lebih wajar dijadikan tajuk utama. 

3. Persepsi buruk akan berlaku dengan tajuk yang seakan sekadar mengejar visitor hits seperti ini yang akan membawa kepada perasaan tidak senang pembaca Muslim dan Non Muslim dengan isu yang kami ulas. Ini juga mengundang komentar negatif yang boleh mencemarkan kredibiliti dan pendirian Pejabat​ Mufti yang konsisten membawa gagasan keterbukaan yang berlandaskan syarak serta keharmonian antara kaum dan agama. Sebagai contoh yang berkaitan, isu Uber dan UberEATS yang mana secara jelas Mufti Wilayah Persekutuan memberikan solusi yang meleraikan kekeliruan pemandu Uber dan UberEATS Muslim, tidak pula dijadikan laporan oleh Malaysiakini dan Free Malaysia Today [www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/1395-irsyad-al-fatwa-ke-170-persoalan-berkenaan-uber-dan-ubereats]

4. Kami menyeru kepada Malaysiakini dan Free Malaysia Today untuk lebih berhati-hati dalam memberikan laporan kerana kebanyakan laporan-laporan berkenaan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini, tidak mencerminkan sikap media yang jujur dalam melaporkan sesuatu isu.


Diharapkan dengan penjelasan panjang lebar ini dapat mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terutamanya pengguna media sosial. Dengan isu Islamophobia di seluruh dunia yang semakin menebal, apa yang dilakukan oleh Malaysia Kini ini adalah perbuatan terkutuk di mana mereka hanya mengambil kesempatan untuk mencalarkan institusi agama negara ini.

Nota: Malaysia Kini didapati telah mengubah tajuk artikel tersebut. Diharapkan perkara ini dapat memberi pengajaran berguna kepada mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)