Pada 2 Ma 2016, mayat mumia seorang pelayar Jerman berusia 59 tahun bernama Manfred Fritz Bajorat yang dilaporkan hilang bersama kapal layarnya pada 2009, ditemui oleh beberapa nelayan ketika kapal layarnya hanyut di pantai Surigao del Sura di selatan Filipina.

Botnya yang kini biasa dinamakan sebagai "kapal layar hantu" dilaporkan kali hantu" dilihat pada 2009.

Ditemui dalam keadaan mumia

mayat mumia

Namun apa yang sangat pelik dan tidak dijangka, mayatnya ditemui seperti mumia yang terpelihara dengan baik yang menyerupai tradisi orang Mesir kuno untuk memelihara mayat selepas kematian.

Keadaan luar biasa dan sempurna di mana mayatnya diawet telah membingungkan penyelidik kerana seluruh kapal layar itu berada dalam keadaan usang. Mayat mumia Bajorat ditemui dalam keadaan tertiarap di atas meja di sebelah telefon radio.

Dipercayai angin laut, suhu panas dan udara laut yang masin hadir dalam ukuran sempurna yang memelihara tubuhnya seperti mumia. Juga, memandangkan tubuhnya berada di dalam kabin, tubuh atau mayatnya itu terlindung daripada dimakan oleh burung. 

Mayat tersebut telah dihantar untuk bedah siasat di bandar Butuan tetapi kedudukan di mana ia ditemui dan kerana ketiadaan mana-mana orang lain di atas kapal layar atau sebarang senjata, sudah banyak spekulasi mengatakan bahawa dia mungkin mengalami serangan jantung dalam kedudukan dia ditemui sebelum mati

Malah, untuk tujuan pengecaman anak perempuannya Nina yang juga seorang kapten kapal telah terbang ke Filipina untuk mengenali bapanya dan mengambil mayatnya.

Minat belayar mengelilingi dunia

pelayaran mengelilingi dunia

Manfred Fritz Bajorat dilahirkan di Velbert, 14 batu dari ibu negeri Dusseldorf, mempunyai minat yang sangat kuat dengan laut dan pelayaran. Dia berkahwin dengan isterinya, Claudia, pada tahun 1980 dan anak perempuannya, Nina, dilahirkan pada tahun 1984.

Dia pada mulanya bekerja sebagai jurujual insurans tetapi kemudian menjual perniagaannya sekitar 200,000 euro dan membeli kapal layar yang dia namakan Nina sempena nama anak perempuannya.

Ia diikuti dengan persiapan selama 4 tahun kerana dia dan isterinya mahu mencapai impian mereka untuk belayar merentasi dunia dan mereka berlepas pada tahun 2008 merentasi Atlantik dan turun ke Martinique.

Seorang lagi pelayar kapal layar keliling dunia, hanya dikenali sebagai Dieter, mendakwa telah bertemu dengan Bajorat pada 2009 di Mallorca dan mengenal pasti dia sebagai kelasi yang sangat berpengalaman.

Di Martinique, isterinya meninggal dunia pada 2 Mei 2010 akibat kanser dan dikebumikan di sana. Walaupun, ia juga diketahui bahawa pasangan itu berpisah selepas tiba di Martinique, dikatakan kerana dengan gaya hidup nomad dan obsesinya terhadap laut.

Kecintaan terhadap isterinya

manfred fritz bajorat

Di dalam kabin, surat penghormatan ditemui yang ditulis oleh Bajorat kepada bekas isterinya, Claudia, dan ia berbunyi:

“Tiga puluh tahun kami bersama di jalan yang sama. Kemudian kuasa iblis lebih kuat daripada keinginan untuk hidup. Awak sudah tiada. Semoga rohmu menemui ketenangannya. Manfred”

Dikatakan bahawa dia menulis surat perpisahan yang menyentuh hati ini kepada isterinya di laman web pelaut yang menunjukkan betapa dia mencintainya dan betapa hancurnya dia selepas kematiannya. Manfred dikatakan telah belayar di Atlantik, Pasifik, mengelilingi Caribbean, Lautan Hindi, Mediterranean, Agean dan perairan Baltik yang bersempadan dengan utara Jerman.

Selain surat itu, walaupun kabin kapal tersebut sebahagiannya berada di bawah air, album foto ditemui nampaknya menunjukkan isteri, keluarga dan rakannya dan pakaian serta tin makanan berselerak di sekelilin mayatnya itu.

Tidak jelas berapa lama Bajorat telah hilang, tetapi dia dilaporkan kali terakhir dilihat pada 2009. Selain itu, bedah siasat mendedahkan 'dia baru sahaja mati selama seminggu' sejak mayatnya ditemui. Dia meninggal dunia akibat serangan Jantung (acute myocardial infarction). Pakar forensik juga menjelaskan, gabungan haba tropika, angin kering, dan udara laut yang masin dengan cepat dapat mengawet atau memumikan mayatnya.

Kedit:

  1. Express UK
  2. Daily Mail



Hakcipta iluminasi.com (2017)