tabiat buruk

Tabiat dan rutin harian adalah sesuatu yang tersangat berkuasa. Kedua-dua ini membantu kita setiap hari, membebaskan ruang otak dan membantu kita dalam melakukan pelbagai keputusan.

Namun, tak semua tabiat itu baik dan dengan membiarkan tabiat buruk kekal dalam hidup anda, ia boleh menghalang anda daripada berjaya.

Anda bukanlah satu-satunya manusia di dunia dengan tabiat yang buruk.

merokok tabiat buruk

Malah, ramai orang yang berjaya pada hari ini pernah mempunyai tabiat buruk termasuklah Bill Gates, Elon Musk dan Mark Cuban.

Tiga billionaire ini tersangat berjaya dalam dunia perniagaan pada hari ini namun mereka juga bergelut dan terpaksa meninggalkan tabiat buruk sepanjang kerjaya mereka.

1. Suka melengah-lengahkan kerja - Bill Gates

bill gates suka berlengah lengah

Pernah tak anda melakukan tugasan atau kerja penting di saat-saat akhir? Pasti pernah kan? Anda tak keseorangan. Bill Gates ketika muda juga melakukan perkara yang sama.

Pengasas bersama Microsoft ini merupakan seorang yang sangat suka melengah-lengahkan kerja ketika tahun-tahun pengajiannya di Universiti Harvard di mana beliau berhenti dua tahun kemudian.

"Orang anggap ia sesuatu yang kelakar. Itu watak saya, seorang yang tak melakukan apa-apa sehinggalah saat terakhir," kata Bill Gates.

Walaubagaimanapun, manusia kedua terkaya di dunia ini tersedar daripada lamunannya apabila memasuk dunia perniagaan di mana beliau perlu menyerahkan tugasan mengikut masa yang diberi dan ketepatan sangatlah bernilai.

bill gates ketika muda

"Tiada siapa memuji saya kerana saya biasanya melakukan kerja di saat terakhir," kata Bill Gates.

Akibatnya, beliau cuba untuk "membuang" tabiat ini dan menjadi lebih seperti para pelajar yang dikenalinya di kolej yang sentiasa teratur serta melakukan kerja tepat pada masa.

Beliau masih memperbaiki masalah ini dan mengaku bahawa sifat berlengah-lengah adalah tabiat yang sangat buruk. 

2. Ketagihan kafein - Elon Musk

elon musk ketagihan kafein

Pengasas Tesla, Elon Musk baru-baru ini cuba untuk bekerja 120 jam seminggu, bersamaan dengan 17 jam sehari. Untuk membolehkan ini berlaku, beliau mengurangkan masa tidurnya setiap hari.

Dan bagi mengimbangi kekurangan tidur, Elon terbiasa dengan meminum minuman berkafein dalam jumlah yang tinggi.

"Terdapat satu ketika di mana saya meminum 8 tin Diet Coke sehari, atau yang lebih teruk. Saya rasa sekarang ini saya minum 1 atau 2 tin sahaja, tidaklah teruk sangat," jelas Elon.

Elon Musk juga bergelut dengan ketagihan kopi di mana beliau terlalu banyak minum kopi sehinggakan menjadi khayal.

Pakar-pakar kesihatan menyatakan bahawa mengambil kafein terlalu banyak dapat meningkatkan tahap kebimbangan dan tekanan.

elon musk ketagihan kafein 2

Ia juga menghasilkan kitaran toksik keletihan yang membawa kepada peningkatan pengambilan kopi yang merosakkan tidur anda.

Ini sekaligus menjadikan anda keletihan keesokan harinya dan membuatkan anda minum kopi dengan lebih banyak.

Sebaliknya, cuba ikut apa yang dilakukan oleh Elon Musk dan gantikan pengambilan kopi dengan air masak. Jika anda tak boleh berhenti dengan serta-merta, kurangkan jumlah minuman berkafein yang anda minum setiap hari.

3. Tak pandai berkomunikasi - Mark Cuban 

mark cuban

Menjerit bukanlah satu cara yang efektif untuk menyampaikan mesej anda. Pelabur dan usahawan, Mark Cuban belajar dengan cara yang agak keras mengenai perkara ini ketika berusia 20-an. 

Mark Cuban biasanya berkomunikasi dengan cara yang buruk iaitu dengan menjerit pada rakan kongsinya, Martin Woodal.

Kedua-dua individu ini bersama-sama mengasaskan syarikat sistem komputer, MicroSolutions dan akan bertelagah sesama sendiri untuk menentukan cara yang terbaik untuk mengendalikan syarikat.

"Kami boleh menyebabkan satu-sama lain menjadi gila. Martin akan "bising" tentang betapa tak sistematik dan cuainya saya. Saya pula akan melakukan perkara yang sama kerana dia terlepas peluang yang sangat besar untuk syarikat," jelas Mark.

mark cuban dan martin woodall

Akhirnya, Mark menyedari bahawa menjerit hanya memberikan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Beliau memberitahu ia hanya menambahkan tekanan.

"Apabila anda meningkatkan tekanan, orang di sekeliling anda, produktiviti, keuntungan dan daya saing menurun," jelasnya lagi.

Untuk menjadi pemimpin yang baik, anda mesti boleh menyampaikan mesej dan idea anda dengan berkesan serta menerima pendapat daripada orang di sekeliling anda. 

Berita baik, komunikasi adalah kemahiran yang anda boleh pelajari. Beri perhatian kepada nada suara anda, eksperi muka dan isyarat badan, serta pastikan anda lebih banyak mendengar daripada bercakap.



Hakcipta iluminasi.com (2017)