Kredit foto: Instagram Mila Jirin

Penyanyi Mila Jirin mengakui dia kini berstatus jutawan melalui beberapa bisnes yang diusahakannya.

Mila mengendalikan perniagaan pakej perkahwinan Bizmilla, produk kesihatan dan kecantikan Bizmilla NZ Beauty, perniagaan makanan Embun Urai dan jenama pakaian Baju Kurung Milla yang terkenal di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

mila jirin kini jutawan 2

Kredit foto: Instagram Mila Jirin

Alhamdulillah, ini berkat kerja keras saya dalam bidang perniagaan.
Sumber: Astro Gempak

Penyanyi itu membuat kenyataan tersebut di majlis sidang akhbar Akademi Fantasia Megastar yang berlangsung di Zouk, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seramai 24 bekas pelajar Akademi Fantasia bakal menyertai semula persaingan tersebut termasuk lapan bekas juara iaitu Zahid (AF2), Faizal (AF4), Shahir (AF8), Faizul (AF2013), Firman (AF2014), Sufi (AF2015), termasuk Mila (AF5).

Mengulas mengenai penglibatannya dalam program itu, Mila berjanji untuk tampil dengan kelainan selepas sekian lama menyepikan diri.

mila jirin kini jutawan 3

Kredit foto: Instagram Mila Jirin

AF Megastar adalah waktu paling tepat untuk saya kembali selepas berehat panjang, berkahwin dan melahirkan anak. Kali ini saya akan mengambil peluang untuk menonjolkan diri saya daripada sisi berbeza.
Sumber: Astro Gempak  

AF Megastar bakal bersiaran mulai 3 September ini dan dibawakan secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)