Kredit foto: Instagram Mila Jirin

Tahniah diucapkan kepada Juara Akademi Fantasia Musim Kelima, Mila Jirin kerana telah selamat melahirkan anak sulung beliau di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur, jam 9.45 malam pada 12 Mei lalu.

Bayi lelakinya dinamakan Mohd Arif Zikri - selamat dilahirkan menerusi pembedahan.

Mila berkongsi berita baik dan info kelahiran tersebut menerusi kiriman Instagramnya.

mila jirin selamat timang cahaya mata sulung 2

Kredit foto: Instagram Mila Jirin

Alhamdulillah. Syukur pada Allah. 12 May 2017 pada pukul 9.45 malam, Mohd Arif Zikri (2.78KG) dilahirkan. Terima kasih buat semua saudara mara, sahabat handai dan para peminat yang mendoakan saya dan anak saya. Alhamdulillah ibu dan bayinya sihat.

Moga kelahiran putera sulung ini dapat menyinari lagi rumahtangga mereka. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)