Pada abad ke-2, pakar perubatan Rom, Claudius Galen menganggap bahawa kelenjar pineal adalah lokasi bagi jiwa dan ahli falsafah Perancis, Rene Descartes masih berhujah tentang perkara ini pada abad ke-17.

Hari ini, sesetengah percaya bahawa ia adalah "mata ketiga" yang sangat mistik. Kepercayaan ini masih berleluasa dalam Hinduisme (digambarkan dalam ikon Shiva) dan pseudosains "New Age".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tetapi dalam Hindu dan Taoisme, "mata ketiga" ini biasanya digambarkan terletak di dahi dan bukannya pada kelenjar pineal itu sendiri.

Ia hanyalah kepercayaan New Age yang cuba menghubungkan kepercayaan agama kuno dengan kelenjar ini, walaupun kelenjar ini terletak jauh dari dahi dan lebih dekat dengan bahagian belakang kepala berbanding bahagian depa. 

kelenjar pineal mata ketiga 2

Seorang penyelidik Psychedelic. David E. Nichols telah menolak kepercayaan bahawa kelenjar pineal di otak menghasilkan pengalaman mistik kerana ia menghasilkan bahan psikoaktif yang kuat yang dikenali sebagai N, N-dimetiltryptamine (DMT).

Kelenjar pineal adalah struktur kecil di dalam otak yang mempengaruhi kitaran tidur dengan merembeskan hormon melatonin.

Tetapi dakwaan telah tersebar bahawa kelenjar pineal juga boleh menghasilkan DMT, satu dakwaan yang telah digunakan sebagai penjelasan biologi kepada mimpi, penculikan UFO dan pengalaman di bahagian luar badan yang lain.

Sebenarnya, DMT telah dikesan dalam kelenjar pineal dan bahagian-bahagian lain dalam tubuh manusia.

kedudukan kelenjar pineal

Tetapi David Nichols yang merupakan seorang profesor biologi kimia dan kimia perubatan di University of North Carolina, berkata dalam sebuah artikel yang menerbitkan jurnal saintifik Psychopharmacology, adalah tiada bukti yang kuat untuk menyokong hubungan antara kelenjar pineal, DMT, dan pengalaman mistik.

David menegaskan bahawa kelenjar pineal adalah seberat kurang daripada 0.2 gram dan hanya menghasilkan kira-kira 30 μg melatonin setiap hari.

Untuk mencetuskan pengalaman psychedelic (menghasilkan halusinasi dan pengembangan kesedaran yang jelas), kelenjar pineal ini perlu menghasilkan sekitar 25 mg DMT dengan cepat.

Beliau menambah bahawa mana-mana saintis yang rasional akan mengatakan bahawa adalah menjadi sesuatu yang mustahil untuk kelenjar pineal untuk mencapai tahap biokimia seperti ini.

kedudukan kelenjar pineal 2

Selain itu, DMT dipecahkan dengan cepat oleh monoamine oxidase (MAO) dan tidak ada bukti bahawa dadah ini boleh terkumpul di dalam otak secara semulajadi.

Walaupun tanggapan bahawa DMT dilepaskan dari kelenjar pineal untuk menghasilkan keadaan kesedaran yang berubah-ubah ketika waktu-waktu tertekan adalah menarik bagi sesetengah orang, namun sistem-sistem yang lebih banyak dikaji memberikan penjelasan yang lebih baik untuk pengalaman di luar tubuh.

Rujukan:

1. Psypost

2. Medical News Today

3. Quora




Hakcipta iluminasi.com (2017)