blogger malaysia yang meninggal dunia

Ketika mana segalanya berada di hujung jari, pelbagai maklumat boleh diperoleh dalam sekelip mata. Teknologi internet membolehkan sesiapa sahaja membuat perkongsian mengenai apa-apa dan di mana-mana sahaja.

Dunia "blogging" sudah bermula lama dahulu dan ramai yang menjadi blogger untuk berkongsi sama ada mengenai peribadi atau maklumat yang memberikan manfaat kepada orang ramai.

Semakin hari, semakin ramai blogger yang wujud dan kali ini iluminasi.com ingin kongsikan 6 blogger terkemuka tanah air yang sudah meninggal dunia.

1. Ahp Pie

ahp pie

Ahp Pie adalah seorang blogger dengan laman sesawang Aku HIV Positif. Berdasarkan daripada nama blog beliau, mungkin anda dapat menjangkakan bahawa beliau merupakan seorang penghidap HIV.

Ya, dan ia juga adalah penyebab kepada kematian Ahp Pie.

Walaupun begitu, Ahp Pie tidak segan dan malu untuk berkongsi mengenai pengalaman beliau, cuma tidak mahu berkongsi bagaimana beliau dijangkiti HIV, walaupun ia disebabkan oleh kecuaian orang lain untuk menjaga nama baik semua pihak.

Malah, beliau redha dan menganggap perkara ini sebagai satu anugerah dari Allah.

Blog beliau berkongsikan maklumat dan pengetahuan mengenai HIV kepada orang ramai, serta menerangkan dengan lebih lanjut mengenai penyakit ini demi memberikan kefahaman kepada masyarakat.

Ia juga menjawab soalan-soalan lazim mengenai HIV yang menjadi kemusykilan dalam kalangan masyarakat. Antara contoh-contoh entri adalah:

  • Soalan-soalan umum dan asas mengenai HIV serta penjelasan secara mudah
  • Pengurusan jenazah HIV: Antara Mitos dan Realiti
  • HIV - Pentingnya stigma, diskriminasi dan judgemental dihapuskan

Blogger Ahp Pie telah kembali ke rahmatullah pada 28 Mei 2015.

2. Shea Rasol

shea rasol

Shea Rasol atau nama sebenarnya Farah Syahirah Rasol adalah seorang blogger fesyen terkenal yang juga pengacara rancangan SIS. Melalui laman blognya myamethyst-shea.com Blog Shea memaparkan fesyen muslimah yang mana menggayakan pakaian yang cantik dan menarik serta menutup aurat.

Malah, ramai yang menjadikan beliau sebagai ikon fesyen muslimat satu ketika dahulu. Shea mula berkongsi mengenai penyakitnya dalam entri di blognya pada 3 Januari 2017 bertajuk "My Ultimate New Year's Resolution".

Dalam entri tersebut beliau sempat memberitahu tidak sihat dan menjalani prosedur cystoscopy. Dalam artikel tersebut Shea berkata, "Saya memberitahu ahli keluarga saya dan mendakwa bahawa saya tahu hidup saya telah ditentukan tidak panjang,".

Shea juga menasihati orang ramai dengan berkata, "Jika anda masih mempunyai ibu bapa, luangkanlah masa bersama-sama merka. Fikir tentang masa yang anda ada (atau mereka ada) untuk menggembirakan mereka,".

Shea Rasol menghadap ilahi pada petang Jumaat, 9 Jun 2017 akibat barah urachal.

3. Hakim Kamal (Telordibasuh)

hakim kamal

Hakim Kamal atau nama penuhnya Abdul Hakim Bin Mohd Kamal adalah pemilik dan penulis blog telordibasuh.blogspot.com.

Beliau adalah blogger yang sangat aktif sehingga tahun 2011, sebelum meninggal dunia ketika baru berusia awal 20-an.

Lebih dikenali sebagai telordibasuh, Hakim mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan organ terbabit menjadi keras. Jangkitan tersebut membuatkan beliau tidak mampu untuk bernafas sendiri. Selepas pemergian Hakim, blog telordibasuh dikendalikan oleh abangnya.

4. Shaifudin Mahmud

din turtle

Shaifudin Mahmud atau lebih popular dengan nama Din Turtle adalah pemilik blog dinturtleoriginal.blogspot.com, berasal dari Kuala Terengganu.

Din Turtle terkenal dengan komen-komen politik menerusi laman blog beliau. Beliau yang merupakan bekas blogger pro-UMNO memilih nama tersebut kerana pernah bekerja di Terengganu sebagai seorang penyelam.

Sebelum memulakan blog beliau yang berjaya menarik lebih daripada 3.5 juta pelawat itu, Shaifudin menjalankan perniagaan menjual cenderahati.

Sebelum menemui ajal, beliau sempat memuatnaik entri berkenaan Bersih 5:

“Tahniah kepada mereka yang bersemangat waja (walaupun luaran mereka ini orang biasa saja, muka tak ganas, tak pandai silat atau kungfu) yang tetap hadir walaupun berdepan dengan pelbagai kemungkinan tindakan dari baju merah mahupun pihak berkuasa,".

Beliau menghembuskan nafas pada 20 November 2015 di usia 50 tahun.

5. Yasmin Johan Hunwick

yasmin johan

Yasmin Johan Eusoffe atau nama samarannya Yasmin J Hunwick, merupakan blogger muda dengan laman blog misschronicz.blogspot.com.

Gadis yang mempunyai rupa paras ayu ini dilahirkan pada tahun 1995 dan merupakan seorang yang sangat gemar menulis. Walaupun masih muda, beliau merupakan seorang blogger yang agak terkenal di Malaysia pada satu ketika dahulu.

Malah, ia tragedi malang yang menimpanya pernah menjadi trending di Twitter. Beliau ditakdirkan menghadap ilahi pada usia 17 tahun.

Beliau yang menunggang motosikal bersama dua lagi rakannya terlibat dalam satu kemalangan apabila dilanggar oleh sebuah van pelancong di persimpangan lampu isyarat di Langkawi.

yasmin johan 2

Akibat kecederaan padah di kepala dan badan, ketiga-tiga remaja tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.

Lebih menyayat hati, Yasmin pernah memuatnaik satu gambar sebuah buku yang bertajuk "Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur" dengan kapsyen "Buku ini agak menarik".

Muatnaik di laman Instagram itu adalah yang kali terakhir dilakukan Yasmin sebelum pergi selama-lamanya.

6. Khalil Afandi

khalil afandi

Khalil Afandi adalah seorang blogger menerusi laman blog jayanegara1234.blogspot.com yang didakwa seorang pengikut ajaran sesat serta menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi. Ada juga yang mengatakan tuduhan ini tidak benar hanya sekadar "make up story" untuk sensasikan headline akhbar.

Melalui blog Khalil, anda dapat lihat dengan jelas bahawa dia merupakan seorang yang sangat 'aggresive' dan 'explosive'. Bak kata generasi milenia, beliau adalah seorang 'kepala masam'.

Dia mempercayai bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang yang tidak berkelayakan untuk menentukan apa yang betul/salah dan mengkritik bekas Ketua PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz kerana menyamakan politik dengan agama.

Khalil juga memendam kebencian mendalam terhadap kesultanan Melayu yang digambarkan sebagai "tidak bermoral" serta mendakwa pendakwah dan ulama di Malaysia adalah "lembut" dan tidak berhak mengajar orang lain kerana mereka belum mengalami kesusahan dan kesukaran dalam hidup.

Pada Julai 2012, Khalil dan seorang rakan, Muhdalina Ahmad telah menceroboh kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Presint 1, Putrajaya.

Insiden yang menggemparkan itu bermula pada jam 2.30 petang dan berlangsung selama 20 minit. Menurut saksi, Khalil membuka jaket yang dipakainya dan dalam keadaan tidak berbaju, dia menjerit mahu menggulingkan kerajaan serta bertakbir beberapa kali.

Bertindak agresif dan bersenjata senjata tajam seperti pedang samurai dan keris, serta tidak mengendahkan arahan menyerah diri, pihak berkuasa terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.

2 daripadanya mengenai tangan dan bahagian bawah perut Khalil dan disahkan mati di Hospital Putrajaya. Sejak perpindahan pusat pentadbiran negara ke Putrajaya, insiden ini merupakan yang pertama kali di mana penceroboh mati ditembak.

Zaman sekarang, setiap apa yang kita tulis akan kekal dalam dunia maya ini. Maka ingatlah. Tulis perkara-perkara yang bermanfaat untuk semua.

Rujukan:

1. Lekat Lekit

2. Saya Iday

3. FMT

4. Malaysia Saya

5. Karim Omar

6. OMM


tags : , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)