Bagi anda yang gemar menulis, ada eloknya jika anda memiliki sebuah blog peribadi agak tulisan anda boleh dikongi dengan orang lain. Dalam zaman sekarang, sesuatu penulisan yang baik sangat mudah tersebar dengan adanya pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan sebagainya. Mana tahu hobi menulis anda boleh mendatangkan hasil yang lumayan suatu hari nanti?Memiliki sebuah blog peribadi adalah sangat mudah. Dan jangan terkejut jika sebenarnya anda boleh memiliki sebuah blog secara percuma. Terdapat beberapa platform yang boleh anda cuba untuk membina blog peribadi anda secara percuma.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Blogspot

Blogspot merupakan sebuah lagi produk daripada Google. Kebanyakan penulis blog bermula daripada Blogspot memandangkan ianya mudah digunakan. Terdapat pelbagai pilihan template yang disediakan. Anda hanya perlu memilih sahaja template mana yang sesuai dengan cita rasa anda.Bagi yang ingin membina blog dengan Blogspot, anda hanya perlu ke laman Blogger.com dan daftarkan akaun anda. Tidak sampai 10min, anda akan memiliki blog peribadi sendiri. Ketika mendaftar, anda dikehendaki memilih URL blog anda. URL blog anda akan memiliki format berikut:
xxxx.blogspot.com
Bagi yang berminat untuk membuat blog dengan Blogpost, anda boleh ke halaman rasmi Blogger.com untuk mendaftar.

WordPress.com

WordPress.com merupakan satu alternatif yang bagus untuk Blogspot. Ianya juga percuma dan banyak pilihan tema blog yang boleh dipilih. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kekurangan untuk pengguna WordPress.com dimana anda tidak boleh meletakkan iklan dalam blog anda. Hal ini tidak sama di Blogspot dimana anda bebas untuk meletakkan iklan dimana-mana bahagian dalam blog anda.Sekiranya anda memilih untuk mendaftar dengan WordPress.com, anda akan diberi URL dalam format berikut:
xxxx.wordpress.com
Bagi yang berminat untuk membuat blog dengan WordPress, anda boleh ke halaman rasmi WordPress.com untuk mendaftar.

Tumblr

tumblr

Tumblr pula merupakan sebuah lagi platform menarik untuk dicuba. Walaubagaimanapun, kebanyakan pengguna Tumblr bukanlah dalam kalangan penulis sebaliknya lebih kepada mereka yang gemar berkongsi gambar, video, quote dsb. Hal ini disebabkan fungsi Tumblr seakan-akan Twitter dan Facebook dimana pengguna boleh berkongsi artikel atau post daripada orang blog orang lain dengan hanya beberapa klik sahaja. Fungsi ini seakan-akan sama ada fungsi "Retweet" di Twitter atau fungsi "Share" di Facebook.Sekiranya anda mendaftar dengan Tumblr, anda akan diberi URL dalam format berikut:

xxxx.tumblr.com
Bagi yang berminat untuk membuat blog dengan Tumblr, anda boleh ke halaman rasmi Tumblr.com untuk mendaftar.




Hakcipta iluminasi.com (2017)