Sejak daripada kecil, kita disuruh oleh ibu bapa untuk rajin belajar supaya mudah memperoleh pekerjaan yang bagus apabila dewasa kelak. Bagi mereka yang lahir dalam keluarga yang miskin atau kurang berkemampuan, pendidikan dilihat sebagai solusi atau jalan keluar daripada kemiskinan.

Adakah pernyataan ini benar?

Jika dilihat secara umum, ia kelihatan benar. Namun, apabila dilihat secara realiti, ianya tidak selalunya benar. Ada individu yang lahir dalam keluarga yang miskin kemudiannya memperoleh pekerjaan yang cukup baik, namun masih belum berjaya keluar sepenuhnya daripada kemiskinan. Gaji yang diperoleh mereka hanya cukup-cukup makan sahaja memandangkan mereka mempunyai banyak tanggungan sehingga akhirnya mereka langsung tidak mampu menyimpan. Lebih teruk, gaji yang diterima mungkin kurang daripada apa yang diperlukan. Inilah yang disebut sebagai "perangkap kemiskinan".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perangkap kemiskinan adalah keadaan di mana kemiskinan memaksa orang untuk tetap miskin. Ini adalah kitaran yang menyebabkan individu, masyarakat, wilayah atau seluruh ekonomi terjebak dalam kemiskinan yang melampau, di mana mereka tidak dapat melepaskannya untuk jangka masa yang panjang.

Kes terburuk daripada perangkap kemiskinan adalah di mana semua perkara di atas, dari individu hingga kerajaan sesebuah negara, terjebak dalam kitaran kemiskinan ini. Ia adalah kitaran di mana orang dan ekonomi yang bermula miskin juga akan berakhir dengan miskin. Bagi mereka, kemiskinan itu sendiri menjadi penyebab kemiskinan.

Perangkap kemiskinan vs kemiskinan sementara

kitaran perangkap kemiskinan 864

Perangkap kemiskinan berbeza dengan kemiskinan sementara, yang mungkin berpunca daripada keadaan pasaran yang buruk, seperti kemelesetan atau krisis kewangan ekonomi tempatan atau global yang biasanya bersifat sementara.

Keadaan ekonomi yang mengalami krisis seperti ini dapat pulih daripada kejutan buruk ini, tetapi mereka yang terperangkap dalam perangkap kemiskinan yang berterusan tetap miskin untuk waktu yang sangat lama.

Untuk lebih memahami bagaimana kemiskinan menghalang pertumbuhan, kami akan menerangkan perinciannya dengan bantuan analogi kehidupan semut dan belalang!

Simpanan, pelaburan dan pertumbuhan

semut 337

Semut, yang bekerja keras pada musim panas, dapat berehat dan selamat sepanjang beberapa bulan musim sejuk. Sebaliknya, belalang yang tidak menyimpan makanan pada musim panas, akan menghadapi kesukaran berjuang untuk bertahan pada musim sejuk.

Perbandingan antara kisah 2 haiwan ini mempunyai moral dan pengajaran mengenai tema bekerja keras dan menabung atau menyimpan untuk masa depan. Bayangkan sesuatu perkara yang buruk berlaku di lokasi belalang itu hidup yang menyebabkan segala simpanan makanannya ketika musim sejuk musnah.

Apabila datang musim sejuk, daun mulai gugur dan cuaca berubah. Semut ketika itu tidak perlu khuatir kerana mereka mempunyai simpanan makanan yang cukup tetapi tidak bagi belalang itu yang akan kelaparan dan besar kemungkinan mati kelaparan. 

Semut mempunyai simpanan yang tinggi dan perbelanjaan (makan) rendah pada musim panas, dan disimpan untuk penggunaan kemudian hari pada musim sejuk. Di sisi lain, belalang yang tidak memiliki simpanan atau aset, akan terus berada dalam "kemiskinan" (tiada makanan) tanpa sokongan dari luar.

Apabila diteliti kisah ini, apakah pengjaran yang diperolehi?

Simpanan memberikan kita kelonggaran dalam menghadapi situasi buruk yang mungkin timbul pada masa akan datang. Tetapi mengapa kita perlu menyimpan? Selain berfungsi sebagai penyelamat, kita boleh menggunakan simpanan tersebut supaya kita dapat melabur dan berkembang.

perangkap kemiskinan

Bayangkan semut bukannya sekadar menyimpan menyimpan makanan/benih untuk musim sejuk tetapi menanamnya di rumah hijau yang mereka bina di sarang semut mereka. Oleh kerana benih akan tumbuh menjadi hasil yang lebih banyakh pada musim sejuk, mereka akan mempunyai kedua-duanya -  pendapatan dan simpanan.

Oleh itu, benih yang disimpan diubah menjadi modal yang dapat menghasilkan pendapatan masa depan. Ini bermaksud bahawa benih yang disimpan boleh dilaburkan. Kerana mempunyai simpanan dan pelaburan, semut mempunyai cukup bukan sahaja untuk bertahan hidup, tetapi juga untuk berkembang,

Sebaliknya, kerana belalang tidak mempunyai simpanan, dia akan berjuang untuk bertahan. Sebilangan kecil makanan, jika ada, yang akan diperoleh selama musim sejuk, semuanya akan dimakan. Untuk berkembang, dia perlu memperoleh cukup banyak wang untuk bukan sahaja makan, tetapi juga menyimpan dan melabur.

Keadaan belalang tidak akan bertambah baik tanpa peluang untuk menjana lebih banyak. Sekiranya tidak ada lebihan pendapatan yang lebih tinggi, tidak akan ada simpanan, pelaburan dan dengan itu tidak ada pertumbuhan untuk belalang.

orang miskin kekal miskin susah nak keluar dari perangkap kemiskinan

Orang di negara miskin atau individu yang lahir dalam keluarga miskin mereka menghadapi situasi yang serupa. Tanpa pendapatan yang mencukupi, mereka mendapati diri mereka tidak dapat membina modal yang boleh dilaburkan dan berkembang.

Mereka tidak dapat menambah pendapatan kerana mereka menghadapi "musim sejuk" yang terus-menerus, iaitu, ketidakmampuan untuk memperbaiki keadaan mereka.

Mengapakah indivdu terperangkap dalam kemiskinan?

bekalan air bersih

Mengapa orang yang berpendapatan rendah tidak dapat menabung cukup? Banyak faktor mempengaruhi kemampuan seseorang memperoleh pendapatan, terutama dalam menghadapi kemiskinan. Kemiskinan meletakkan seseorang individu pada risiko yang lebih tinggi untuk mempunyai masalah kesihatan kerana kekurangan makanan dan sanitasi.

Keadaan ini mendorong mereka untuk mengambil cuti pada hari kerja, yang seterusnya mengurangkan pendapatan mereka. Sebaliknya, masalah kesihatan yang berterusan turut meningkatkan perbelanjaan perubatan mereka, seterusnya menyukarkan mereka mempunyai lebihan wang untuk disimpan dan dilaburkan. 

Orang yang berada di bawah garis kemiskinan berjuang untuk memenuhi keperluan hidup. Dalam keadaan seperti itu, pendidikan menjadi sesuatu yang mewah. Kurangnya pendidikan yang mencukupi menyebabkan mereka tidak dapat memperoleh pekerjaan yang lebih baik, seterusnya memperkukuhkan keadaan mereka dan menyebabkan kemiskinan ini berlanjutan dari generasi ke generasi.

bantuan makanan 346

Ini adalah penyebab sukar untuk keluar daripada kitaran "perangkap kemiskinan". Tahap pendapatan rendah menyebabka seseorang itu tidak mendapat pendidikan yang baik dan melindungi kesihatan mereka, seterusnya membawa kepada masalah berpendapatan rendah.

Sukar bagi mereka untuk melabur dalam perkara-perkara yang dapat menolong mereka meningkatkan pendapatan, kerana mereka tidak mempunyai lebihan pendapatan untuk dilaburkan.

Untuk melepaskan diri dari perangkap kemiskinan, menurut kajian yang dilakukan seseorang individu yang berada dalam kemiskinan itu harus diberi bantuan yang cukup sehingga mereka dapat memperoleh sejumlah besar modal yang diperlukan untuk membebaskan diri dari kemiskinan.

Teori kemiskinan ini membantu menjelaskan mengapa program bantuan tertentu yang tidak memberikan tahap sokongan yang cukup tinggi mungkin tidak berkesan untuk membangkitkan individu keluar dari perangkap kemiskinan. Sekiranya mereka yang berada dalam kemiskinan tidak memperoleh sejumlah besar modal, maka mereka akan tetap bergantung pada bantuan selama-lamanya dan mundur jika bantuan itu berakhir.

Kredit:

  1. Investopedia
  2. Science Magazine
  3. Human Rights Watch
  4. Northwestern University
  5. Health Access Corps



Hakcipta iluminasi.com (2017)