Oleh pada 03 Jun 2017 kategori

Seringkali di tempat umum kita dapat lihat orang buta akan memakai cermin mata hitam. Pernahkah anda tertanya-tanya apakah sebabnya?

Secara faktanya, orang yang anda anggap buta tidak semestinya buta sepenuhnya. Mereka boleh tergolong sebagai orang kelainan upaya (OKU) kerana tahap penglihatan mereka kurang berbanding manusia biasa. Ada dikalangan mereka masih mampu melihat jam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada beberapa sebab golongan kurang penglihatan ini memakan cermin mata gelap. Yang pasti bukan kerana mahukan simpati ataupun berniat untuk menipu orang awam.

walking stick

Pertama, golangan ini memakai cermin mata gelap bagi menghalang sinaran UV berlebihan terhadap mata, seperti kebanyakan manusia lain dengan penglihatan normal. Tidak seperti manusia dengan tahap penglihatan biasa, golongan kurang penglihatan ini selalunya menghadapi masalah untuk mengetahui tahap kecerahan dan pendedahan kepada sinaran matahari.

Oleh itu, mereka terpaksa memakai cermin mata gelap pada setiap masa. Pendedahan secara berlebihan terhadap sinaran UV adalah merbahaya dan ianya boleh menyebabkan penyakit katarak mata dan kanser.

Kedua, ada sesetengah golongan ini memakai cermin mata hitam untuk memberitahu orang sekeliling bahawa mereka mempunyai masalah penglihatan mata. Secara umumnya, apabila melihat seseorang itu memegang tongkat dan memakai tongkat, kita sudah maklum bahawa orang itu ada masalah penglihatan.

Ketiga, golongan kurang penglihatan ini juga memakai cermin mata gelap menghalang mata mereka terdedah kepada bendasing seperti habuk dan juga ranting kayu.

Maka, sekiranya anda melihat golongan kurang upaya ini dimana-mana, janganlah merasa pelik walaupun mereka memakai cermin mata gelap di dalam bangunan sekalipun. Cubalah bantu mereka seperti membantu mereka melintas jalan ataupun menunjukkan mereka arah yang ingin dituju.




Hakcipta iluminasi.com (2017)