Jika anda sedang memakai kemeja ketika membaca artikel ini, cuba lihat posisi butang baju kemeja anda. Jika anda seorang lelaki, butang anda akan berada di bahagian kanan, tetapi jika anda seorang wanita, butang biasanya berada di sebelah kiri.

Mungkin ramai yang tak perasan dan ramai juga yang menerima perkara ini tanpa mempersoalkan apa-apa. Namun, apakah sebab disebalik penghasilannya? Jika difikirkan secara logik, jumlah orang dominan tangan kanan jauh lebih tinggi daripada orang dominan tangan kiri, jadi mengapa butang kemeja wanita diletakkan di sebelah kiri?

BESARKAN TEKS     A-  A+

ini penjelasan mengapa pakaian wanita mempunyai butang di sebelah kiri 3 930

Seperti kebanyakan adat dan peristiwa sejarah yang lain, tiada sebab yang pasti dan tak dapat ditentukan mengapa kemeja wanita direka mempunyai butang di sebelah kiri. Namun, terdapat beberapa hipotesis yang baik yang boleh diambil kira.

Nota : Semua hipotesis ini dibuat dengan andaian bahawa populasi dunia lebih banyak dominan tangan kanan daripada tangan kiri.

1. Lebih mudah untuk dipakaikan oleh orang lain

ini penjelasan mengapa pakaian wanita mempunyai butang di sebelah kiri 8

Ini adalah antara salah satu hipotesis yang paling popular dan yang paling bersesuain serta masuk akal. Mengikut pendapat ini, trend butang baju di sebelah kiri telah ditetapkan oleh wanita dari golongan berada pada zaman Victoria, iaitu di antara tahun 1830an sehingga 1900an.

Ketika itu, kedua-dua lelaki dan wanita sudah mempunyai pelbagai jenis pakaian. Namun, pakaian wanita adalah sangat kompleks dan rumit, yang mana terdiri daripada korset, gaun, pelbagai jenis skirt (bloomers, bustle dan lain-lain) serta pelbagai aksesori.

ini penjelasan mengapa pakaian wanita mempunyai butang di sebelah kiri 4 408

Oleh itu, golongan wanita sentiasa memerlukan bantuan ketika ingin memakai pakaian. Jadi, pembuat pakaian telah mereka bentuk pakaian yang memudahkan ianya dipakaikan oleh orang lain, seperti pelayan dan pembantu, dalam memakaikan butang baju kemeja tuan mereka.

Sebaliknya, pakaian orang lelaki tidak mempunyai banyak komponen seperti mana wanita dan ringkas. Jadi, lelaki mampu memakai sendiri butang-butang tanpa bantuan, jadi butang dihasilkan di sebelah kanak. Rekabentuk pakaian ini menjadi semakin popular dari masa ke masa dan akhirnya menjadi piawaian yang digunapakai pada hari ini.

2. Tujuan penyusuan badan

ini penjelasan mengapa pakaian wanita mempunyai butang di sebelah kiri 5

Juga terdapat hipotesis yang lebih terkini mengenai penghasilan pakaian ini. Wanita-wanita yang dominan tangan kanan cenderung untuk memegang bayi mereka menggunakan tangan kiri, yang membuatkan tangan kanan mereka bebas daripada melakukan apa-apa. 

Oleh itu, adalah lebih mudah bagi wanita yang memakai kemeja untuk membuka butang dan menyusukan bayi.

3. Impak sosio-budaya Victoria

ini penjelasan mengapa pakaian wanita mempunyai butang di sebelah kiri 6

Dan satu lagi hipotesis yang berasal dari zaman Victoria yang menjadi kepercayaan lazim, bahawa mereka yang dominan tangan kiri lebih rendah darjatnya daripada dominan tangan kanan.

Jadi, dengan meletakkan butang di sebelah kiri pakaian wanita adalah petunjuk merangkap peringatan yang halus untuk wanita bahawa mereka adalah golongan yang lebih rendah darjatnya dan tidak sepatutnya melupakan "tempat" mereka dalam masyarakat.

4. Obsesi Napoleon Bonaparte

ini penjelasan mengapa pakaian wanita mempunyai butang di sebelah kiri 7

Di antara semua hipotesis yang dibentangkan, ini mungkin yang paling menarik. Dikatakan bahawa Napoleion Bonaparte, seorang jeneral Perancis dan pemimpin politik, tersangat inginkan wanita daripada mengejeknya. 

Jika anda lihat pada antara salah satu potrait Napoleon yang paling popular memaparkan beliau meletakkan tangan kanannya di bawah poket jubahnya. Dipercayai wanita zaman itu kerap mengolok-olokkan pos ikonik ini dengan meletakkan tangan mereka di bawah pakaian.

Untuk menghentikan ejeken ini yang memberi impak kepada penguasa yang hebat ini, Napoleon memerintahkan bahawa pakaian wanita hanya boleh mempunyai butang di bahagian kiri, yang mengakhiri "penganiayaan" terhadap dirinya.

Walaupun teori ini yang paling menarik namun adalah tidak munasabah bagi perintah yang dikeluarkan oleh Napoleon ini berjaya mempengaruhi pendapat seluruh dunia mengenai bagaimana pakaian wanita patut direka bentuk.

Sehingga kini, tiada jawapan mutlak dan kekal menjadi misteri mengapa pakaian wanita dihasilkan dengan butang di sebelah kiri.




Hakcipta iluminasi.com (2017)