Kredit foto: Beautifulnara

Penyanyi Hazama dan isterinya, Genervie Kam mengakui berasa sedih sebaik menerima khabar hasrat untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian kerana Genervie mengandung di luar rahim dan terpaksa menjalani pembedahan.

Pada mulanya, kami gembira kerana doktor memaklumkan isteri mengandung. Namun, selepas menjalani pemeriksaan doktor mengesahkan ia adalah pendarahan dalaman kerana isteri mengandung di luar rahim.


Doktor juga memaklumkan isteri perlu menjalani pembedahan dengan segera. Mujur saya cepat bertindak dengan membawa Genervie ke hospital. Ini kerana jika lambat ia boleh membawa maut.

Walaubagaimanapun, mereka masing-masing redha dengan takdir yang telah ditentukan.

Genervie akan berehat di rumah selama dua minggu sebelum kembali bekerja. Saya percaya apa yang berlaku ada hikmahnya.


Agaknya kerana kami sendiri belum bersedia untuk menimang anak lagi kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. Insya-Allah, kalau ada rezeki kami merancang untuk mendapat anak tahun depan.

Apa yang patut disyukurkan ialah Genervie selamat menjalani pembedahan tersebut tanpa sebarang masalah. 

hazama dan genervie tak dapat timang anak sulung 2

Sumber berita: Harian Metro & Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)